GUNUNG ANGSI N GUA BATU MALOI N.SEMBILAN 2-4 JUN 2000

Gunung Angsi ni tempat pertama aku terjebak dengan aktiviti memanjat gunung. Time ni tahun 2000..Lama dah. Baru sempat nak upload n story. Maklumlah kena scan dulu. Masa ni blog ni pun tak wujud lagi. Kamera masih pakai kodak lagi. Tiap kali ambik gambar kena kira.. Alah berkira..Dah berapa banyak pakai. Takut2 kalau main snap je, sampai puncak kodak dah habis..hahaha. Itu baru kodak, bateri pun kena pikir gak. Haishh..Masa ni hp pun Nokia 3210 je..Mana lah bleh nak selfie bagai. Yang pasti time ni masing-masing sibuk cari line.


Untunglah bebudak sekarang nie, ada hp camera bagai. Pegi aktiviti outdoor camnie bleh bergambor sakan..Tapi yang pasti gambor lama pakai kodak camnie lebih rare. Sebab lepas habis aktiviti masing2 tak sabor dah nak gi cuci.


Apapun tq wat penganjur aktiviti ni. Rasanya dari team JOC. Jenjarom Outdor Club. Maaf kalau silap. 




Ok..Aktiviti kali ni, 2 in 1..Pertama. Berkhemah dan mendaki Gunung Angsi dan kedua explore Gua Batu Maloi.

AKTIVITI PERTAMA - GUNUNG ANGSI

Cam biasa, hari pertama perjalanan jer. Sampai petang. Pacak Khemah, bahagi kumpulan, N then malam buat persembahan. Kalau nak tau kat Gunung Angsi ni memang dah ada tapak untuk tujuan perkhemahan. Sebelah je ngan sungai dan jalan. Ada juga disediakan satu blok berbumbung cam gambar kat bawah ni untuk memasak dan untuk tujuan buat aktiviti riadah. 




Ok..Dipendekkan cerita. Sampai dah puncak. Selesai cerita pertama. 
Ok.. Bagi aku yang first time mendaki ni, Gunung Angsi tempat yang bagus untuk belajar. Tak berapa mencabar sangat. So sesiapa yang baru nak join aktiviti ni boleh try ke sini.

AKTIVITI KE 2 - GUA BATU MALOI

Ok, yang ni pun seronok jugak. Masih terletak di N. Sembilan. Ondaway balik dari Angsi, singgah untuk aktiviti ni. Meneroka ke dalam gua. Tak ingat berapa panjang gua nie. Mencabar jugak lah. Sebab laluan dalam gua tu kecik dan sempit. Lagi satu dalam gua tu ada aliran air. Diorang kata kalau musim hujan tak boleh lalu, sebab laluan tu penuh dengan air. Time aktiviti ni pun laluan gua ni penuh gak dengan air. Tapi tak lah dalam sangat. Tapi ada sesetangah laluan tu, air sampai ke dada..N then ada part kita terpaksa merangkak, mengiring celah celah batu dalam gua tersebut. Apapun pengalaman yang menyeronokkan.




Selesai sudah. Tq geng, terutama ahli kumpulan aku time ni, sebab kita dapat anugerah Kumpulan Terbaik.


Comments

Popular Posts