GUNUNG BERINCANG DAN GUNUNG IRAU 30.8.2000 - 2.9.2000
Ekpedisi nie ekspedisi 2 in 1. Mendaki Gunung Brinchang dan Gunung Irau. Gunung irau merupakan gunung tertinggi di Cameron Highlands, Terletak di sebelah Gunung Brinchang di 2,110 meter di atas paras laut. Manakala Brinchang pula kedua tertinggi iaitu 2000 meter dari paras laut.
Ok. Untuk ke Irau kami ikut laluan ke Cameron highland dan Gunung Brinchang.
Ekpedisi 1 : Gunung Brinchang.
Bertolak tengah malam dari Klang. Kemudian sampai dekat2 subuh. Bas ekpedisi berhenti di tanah rata. Lepas selesai rehat dan solat subuh di tanah rata, ekpedisi diteruskan menuju ke puncak Gunung Brinchang dahulu. Trek Gunung Brinchang adalah trek ber tar (turap). Sepanjang perjalanan akan melalui ladang2 teh.
Jadi trek dia tak lah susah sangat.
Sampai ke puncak Gunung Brinchang terus buat khemah. Kat atas nie yang aku nampak, takder plak campsite. Cuma khemah didirikan di kawasan lapang bersebelahan jalan utama..
Cuaca kat atas nie, punyalah sejuk. Masa kami sampai, kabus tebal.
Ekpedisi 2 : Gunung Irau
Perjalanan diteruskan ke Gunung Irau. Khemah dan peralatan semua tinggal dalam khemah. Cuma bawak air dan makanan sket. Gunung irau nie mamang cantik. Suasana hutan dia lain macam. Macam dalam alam fantasi. Pokok2 renek, macam2 bentuk dan berlumut. Gunung irau nie puncak dia tak 'lapang'. Penuh ngan pokok2. Tak macam Ledang.
Habis bergambor pas tu patah balik ke Gunung Brinchang plak. Bermalam lah satu malam kat Gunung Brinchang. Malam tu cuaca plak tak berapa baik, hujan lebat. Habis khemah pun bocor. Dalam khemah plak dah macam sardin. Berhimpit2. Disebabkan cuaca terlalu sejuk, kaki nie 2, 3 kali gak lah kejang. Sabau jer lah. Camnielah kalau berkhemah. Kalau nak selesa baik duk rumah kan. Sok pagi siap2 kemas barang turun balik ke tanah rata.
Gambar banyak tapi dalam album jer, x ada masa nak scan. Maklumlah dulu2 pakai kodak jer. Kedekut nak ambik gambar. Satu pun berkira. Henphone paling canggih pun nokia 3210 jer. Habis ekpedisi, 2-3 minggu tu baru gi cuci. Untunglah sekarang ada kamera digital n hendphone canggih. Boleh terus selfie n upload dalam fb. Lagipun masa pergi dulu, blog nie pun tak wujud lagi. Arwah abang (pakai key) pun dah takder dah. Alfatihah buat abang aku. Arwah ngan sepupu aku (duk tengah) tu lah yang mula2 kenalkan aku dunia hiking nie. Tak lupa juga sorang lagi budak aktif hiking dalam group yang aku join nie, abg jali campret. yang pergi sebelum arwah abang aku lagi. Alfatihah untuk mereka berdua. Best hiking ngan group korang.
Comments
Post a Comment
ulasan