GUNUNG LEDANG - 20-23.2.2004

Tak sangka, just borak2 kosong kat kedai mamak lepas habis kelas, boleh timbul idea nak panjat gunung. Kalau diorang tanya aku, memang gunung ledang lah, coz aku pernah 2x ke sana. 

Lepas tu, apa lagi cari orang lah..Alhamdullah ada sambutan walaupun tak ramai. Kawan2 terdekat jer. Yang bagusnya, rata2 member2 aku nie first time mendaki. Masing2 siap beli beg baru. Terbaik lah korang. Semangat.


Lepas tu baru buat proper mesyuarat kat kedai mamak. 


Buat surat ke Pengurusan Gunung Ledang n mohon renjer. Tak ingat dah aku, time tu berapa caj untuk ranjer. Disebabkan tak ramai kitorang dapat satu ranjer. Baru2 nie jer, kena guna ranjer, coz sebelum2 nie yang aku pergi, cuma kena daftar n terus buat pendakian. Balik pun sama. Mungkin untuk tujuan keselamatan.


HARI PERTAMA - 20.2.2004

Bermula dari Stesen Komuter BT 3 Shah Alam. Lepas tu Naik  tren ke Stesen Kuala Lumpur. Sambung plak, Jalan kaki dari dari Stesen Komuter KL ke Stesen Bas Pudu. Memang azab jugak lah masa tu. Sebab bawak beg besar. Tapi disebabkan berjalan beramai-ramai, so, tak rasa penat sangatlah. Perjalanan di teruskan dengan menaiki  bas ekspress ke Muar Johor




3 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Stesen bas Muar. Ikut perancangan asal, turun sahaja di Muar kami akan menaiki bas ke Tangkak. Tapi malangnya tiada perkhidmatan bas dari Muar ke Tangkak. Nak atau tidak, kenalah naik teksi dari Muar terus ke Tangkak. Tiada pilihan walaupun tambang teksi agak mahal dan hari semakin lewat petang, kami terpaksa menaiki teksi ke Gunung Ledang. Kelebihan naik teksi nie, teksi akan sampai terus ke pintu masuk Gunung Ledang berbeza dengan menaiki bas. Bas hanya akan berhenti di jalan besar simpang masuk ke Gunung Ledang. Anggaran jarak Simpang Masuk dari Jalan besar ke pintu masuk Gunung Ledang dalam 30 minit jalan kaki. 

Alhamdulilah dalam jam 6.30 petang (khamis) kami sampai di pintu masuk Gunung Ledang. Disebabkan dah terlalu lewat pintu pagar masuk dah ditutup oleh pihak pengurusan untuk pengunjung. Jadi terpaksalah bermalam kat parking lot luar jer. Happening gak berkhemah kat parking lot ni.

Malam tu renjer yang ditugaskan untuk membawa kami iaitu abang Najmi datang melawat kami di luar dan memberi sedikit penerangan proses pendakian esok. Malam tu tiada aktiviti pun. Just borak-borak kosong. Rupanya ramai lagi team yang baru sampai n pacak khemah kat luar nie.

HARI KEDUA - 21.2.2004

Baru lepas lipat khemah dan kemas beg, untuk ke pendaftaran.
Sebelum panjat, jom tengok track dulu :

Kami punya planning : 

Hari Pertama - Pagi

1. Pendaftaran 
2. Pendakian - Kolam Puteri ke Kolam Gajah (Campsite CP4)

Hari Kedua

Kolam Gajah ke Puncak Ledang  dan Puncak Ledang ke Kolam Gajah

Hari Ketiga 

Turun ke bawah / Balik

PENDAFTARAN

Mula-mula kena wat pendaftaran dulu. Sebaik selesai pendaftaran kami sarapan pagi mendengar sedikit taklimat dari renjer tentang aktiviti pendakian dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.

Sekitar jam 9 pagi, dimulakan dengan bacaan doa kami memulakan aktiviti pendakian.

TRACK 1 - PEDAFTARAN KE KOLAM PUTERI (900 kaki)

10 minit perjalanan pertama tidak begitu mencabar kerana  trek mendatar dan ada kemudahan tangga-tangga yang dibina untuk memudahkan pengunjung yang datang bersama keluarga dan masih di kawasan orang awam.

Persinggahan pertama adalah di Kawasan Kolam Puteri. Tempat ini dijadikan tempat berkumpul kerana ia kawasan terakhir kepada orang awam (pengunjung) sebelum memasuki kawasan sebenar pendakian. 

TREK KE-2 – KOLAM PUTERI KE KOLAM GAJAH (cp4)


Trek di sepanjang kawasan ini agak berbukit, cerun dan licin. Berbanding pengalaman pendakian sebelum ini, pendakian kali ini agak relaks  sedikit dan kami banyak berhenti rehat. Ini mungkin disebabkan kami bertolak awal dan mempunyai banyak masa untuk sampai di check point ke2 di Kolam Gajah. Selalunya sesuatu perjalanan pendakian itu perlu dipercepatkan kerana mengejar waktu petang. Ini kerana di dalam hutan sekitar jam 5 petang keadaan sudah menjadi gelap. Oleh itu perjalanan perlu dirancang dengan teliti bagi  memastikan pendaki sampai di kawasan check point (tempat pekhemahan yang ditetapkan) sebelum suasana menjadi gelap.

Setelah 3 jam perjalanan akhirnya kami tiba di check point (kawasan perkhemahan) kami iaitu Kolam Gajah jam 2.00 petang.. Kolam Gajah adalah kawasan perkhemahan yang terbesar sepanjang perjalanan dari kaki gunung ke puncak Ledang. Kawasan ini berdekatan dengan punca air untuk memasak, mandi dan membersihkan pakaian. Kami akan berehat di kawasan ini semalaman dan akan meneruskan perjalanan ke puncak pada keesokannnya.

Sampai di Kolam Gajah, pacak khemah dulu. Letak barang, mandi dan cari kayu untuk buat unggun api. Pas tu baru bleh masak. Bab makan plak menu yang paling best buat masa ini, mi maggi+nasi+sardin+telur dadar. Memang sedap, macam makan kat hotel 5 star la.


HARI KETIGA - 22.2.2004

TREK KE 3 – KOLAM GAJAH KE PUNCAK LEDANG

Keesokannya pagi-pagi lagi seawal jam 8 pagi kami dah bersiap meneruskan perjalanan. Kali ini perjalanan lebih relak coz tak perlu bawak beg yang besar n berat tue. Hanya beg galas kecil diisi dengan barang-barang penting, seperti makanan dan air dan sedikit kelengkapan perubatan.  Khemah semua tinggal terpacak cam tu jer, coz lepas turun dari puncak kami akan berkhemah satu malam lagi di Kolam Gajah.




Sekitar gambar di Gua Kambing
Ni pun kat Gua Kambing



Bergambar lagi..Selagi boleh..haha.Memang santai betul pendakian kali nie
Makin tinggi, trek makin mencabar. Ntah dah berapa kali dah kitorang berehat ni. Apapun kami perlu sampai ke puncak sekitar jam 12.00 tengahari dan perlu turun selewatnya jam 2.00 pm. Sebab perlu patah balik ke campsite kami sebelum cuaca menjadi gelap. Kalau dalam hutan ni, pukul 4 pun dah gelap. Sepanjang perjalanan memang best lah. Pemandangan memang cun.

Akhirnya
Setelah 4 jam perjalanan, kami tiba di puncak Ledang. Alhamdulillah, semua nya selamat. Kami tiba di puncak bersama beberapa team lain termasuk satu team dari Krew rancangan Panorama RTM1 yang sedang membuat rakaman.





Sekitar jam 2 petang kami memulakan perjalanan turun dan sampai ke tapak perkhemahan kami jam 5 petang. Perjalanan balik ke camp site agak lancar dan lebih mudah berbanding ke puncak kerana trek menurun dan lebih senang.


                                                                    HARI KEEMPAT - 23.2.2004



Keesokan harinya setelah mengemas barang dan membersihkan kawasan perkhemahan kami bertolak turun dan tiba jam 11 pagi dan terus mendaftar keluar. Oleh kerana tiada pengangkutan untuk keluar ke Jalan besar, maka kami beramai-ramai berjalan kaki ke simpang jalan besar. Punyelah penat x ingat. Apa nak buat. 


Lepas tu naik bas ke stesen bas tangkak. Cari tiket ke KL. Nak dijadikan cerita tiket pulak habis. So kitorang ambil keputusan naik bas ke stesen bas Melaka dengan harapan ada tiket untuk ke KL lah..Pun tak ada. Sambung pulak naik bas ke Stesen Bas Tampin dan akhirnya dari Tampin menaiki teksi ke stesen komuter Seremban menghala ke Bt.3 Shah Alam. Habis.. Dah macam program explorace la kitorang nie. Penat jangan cakaplah..Sampai kat umah sewa dalam kul 10.00 pm. Sok plak ada kelas. Apapun ekspedisi nie memang best.

Comments

Popular Posts