My Wedding Day.24.1.2009

Majlis Pernikahan / Persandingan di Rumah Keluarga Cikin di Kedah
24 Januari 2009


Satu sejarah baru dalam hidup kami, apabila disatukan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana menemukan jodoh kami.Akhirnya setelah hampir 6 tahun kami berkenalan dan alhamdulilah ia berakhir dengan ikatan perkahwinan. Saat yang paling kami nantikan selama ini. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan selamanya.

BILA START KENAL NI?

Betul2 kenal start 2004. Sem 5 Politek Shah Alam. Pas tu sama2 gi hiking Gunung Ledang. Masa pergi hiking tak berapa nak borak. Balik tu baru rapat sikit. Kerap jumpa. Tapi kuar ramai2 lah. Kuar berdua belum lagi. Start couple rasanya last semester 5. Before cuti semester. Hari tu 9 April 2004 waktu petang kat cafeteria Kamsis. Haha.. Masa kuar dari rumah sewa tu memang nekad nak cakaplah. Kalau tak bila lagi kan.  Alhamdulillah tak kena reject. huhu. Ondaway balik tu hati rasa berbunga2 je. Start hari tu mulalah jadi pengumpul duit siling n ahli public phone, bergayut. Giant Sekyen 13, Stesen Minyak Projet depan Poli, Sunway Pyramid. Semua tu tempat dating kitorang. Bila dah start kerja kitorang dating kat SOGO. Tulah bila sesekali datang SOGO KL teringat balik masa mula2 kami cari rezki kat KL dulu. 

BERTUNANG DAN PERSEDIAAN BEFORE KAHWIN

Time balajar dulu seronok lah bercinta kan coz takder apa2 komitmen. Berdating je kerjanya. Tapi bila ko dah habis belajar n dah kerja n bila ko pikir pasal nak kahwin, otak tu rasa agak beratlah jugak. Lagi pun lepas habis belajar 2005, bukan terus dapat kerja. Adalah kerja tapi bukan company yang stabil. Company kecik je. Masa tu bincang pasal nak kahwin pun tak berapa teruja. Tunggulah nanti kalau dah kerja tetap  n stabil sikit baru aku nak bincang pasal kahwin. Aku target jugaklah, kalau lepas 5 tahun aku tak dapat kerja tetap n aku rasa tak boleh survive bincanglah balik.

Tapi...walaupun tak tau apa future hubungan kitorang ni, tapi kitorang still rancang juga untuk kahwin. Perancangan mesti ada. Kitorang memang target 5 tahun lepas habis belajar untuk kahwin. So kitorang dah siap wat kira2. Start menabung sama2 tiap bulan.  Apa yang mampulah. N, alhamdulillah tak lama lepas tu Feb 2006 aku dapat kerje gomen. Time ni baru nampak sikit sinar. N then hujung tahun tu jugak wife aku dapat keje gomen. Aku percaya tiap orang2 mesti akan ada kerja tetap satu hari nanti. Masa je yang tentukan. Tak sia2 isi borang SPA last semester dulu. Ok sambung. Lepas dapat kerja baru serius sikit. Beli sikit2 keperluan rumah. Mula2 beli TV. Pas tu peti ais, mesin basuh, sofa. Semua tu sumbat dalam rumah sewa wife aku. Memang kena beli sikit2. Kalau lepas kahwin baru nak beli semua, teruk lah. Tapi kalau mampu tak apa. Coz lepas kahwin lagi banyak pakai duit. N then tahun 2007, 30 Disember kami bertunang.

N sebulan before kahwin tu kitorang dah start sewa rumah. Kami sewa kat Apartment Impian Damansara Damai, Masa ni wife aku yang duduk rumah sewa tu. So bila dah dapat rumah sewa, barulah boleh angkut tv, peti ais n mesin basuh tu semua. Itulah pentingnya beli awal2 dulu. Satu lagi kelebihan sewa rumah awal ni bila turn family wife datang bertandang untuk majlis kat Klang nanti tak perlulah dah nak sewa homestay atau hotel bagai. Duk je umah sewa kitorang. Kan dah dapat jimat. 

KAHWIN DAH

Alhamdulillah 24 Januari 2009 kami bernikah. 25hb tu majlis bersanding. Walau macam2 dugaan sepanjang berkenalan dulu. Biasalah hubungan tu ada on off nya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kat semua family n sedara mara yang ikut rombongan coz sudi temankan aku sampai Kedah ni. 







Majlis Persandingan di Klang












Comments

Popular Posts