Honeymoon plak
Sempat lagi berposing ngan kapalterbang. Selalu flight sensorang jer. kali nie bile dapat naik bersama seronok sket.
|
Hari ke-2 |
Siapa yang datang ke Langkawi jangan lupe naik kete kebel ke gunung Mat Cincang nie. Gayat gak..Macam kat Genting gak, tapi rasangan kat sini lebih condong kot. Jangan lupe, masa beli tiket tunjuk IC..Coz harga pelancong tempatan lebih murah sket berbanding pelancong luar..Hari ke 2 kat Langkawi nie, kitorang habis pusing satu Langkawi nie..Naik plak kancil jer, memang jimat lah..
Pepagi dah packing barang untuk balik KL. Packing awal walaupun flight petang coz kitorang nak pusing pulau jap naik bot. Tak tau habis kul berapa. Diorang kata dalam kul 12 habislah..Bolehlah, ada masa sket. So siap-siap packing tu, kitorang drive ke Pantai Cenang. Tempat kat mana kitorang jumpa agent untuk aktiviti nie. Agent tu bawak lah kitorang ngan beberapa pelancong lain yang sama2 menunggu tu dengan van ke satu pantai berdekatan. Kat situ ramailah pelancong yang cam kitorang dah menunggu. Untuk naik bot
plak kitorang kenalah tunggu turn..
Lepas ke Pulau Dayang Bunting, naik bot lagi. Bagi makan Helang Plak.Tak tau lah apa nama tempat tu. Diorang akan berhentikan bot, pas tu baling makanan untuk helang-helang tersebut..Pas tu singgah kat satu pulau lagi. Yang ni pun aku tak ingat apa nama pulau nie. Tak ada apa2 kat pualu nie. Tapi pantai nya lawa lah. Boleh snorkeling. Kat sini sesuai untuk bermandi manda. Lepak2 dalam setengah jam..Pas tu diorang panggil naik bot dan terus balik. Habis dah trip nie..Sampai kat Pantai Cenang dalam kul 1.30. Balik Hotel, check Out n terus ke Airport..Habis dah Honeymoon kitorang nie..
Comments
Post a Comment
ulasan