Game Dulu-dulu

BALING TIN


BALING TIN..
kOrang susun tin2 kosong jadi bentuk piramid cam dalam gambar tue. Buat 2 kumpulan. Satu group jaga, satu group serang. Satu group akan berdiri lebih kurang 10 meter dari tin yang disusun( Buat garisan). Satu group lagi akan bersedia.  Korang dikehendaki menjatuhkan tin yang disusun tu sebagai syarat game akan bermula. Baling tin tersebut menggunakan selipar. pas jer tin tu jauh (tak kira jatuh satu tin jer ker atau jatuh semua). Kalau jatuh semua masak la korang nak susun balik). 

korang satu group akan susun balik tin tue sampai jadi seperti asal. Group yang menyerang akan cuba menghalang korang dari membina balik tin tu dengan membaling selipar ke arah korang. Saper kener dier 'mati' atau terkeluar. Sampailah habis group tu. Kalau semuer group korang kena selipar yang diorang baling tanpa sempat nak buat balik tin tu, korang dikira kalah. Bukan Game Over, tapi tukar turn plak. Group diorang plak baling N group korang plak jaga.

Tapi kalau salah sorang dari group korang sempat bina balik susunan tin tue, itu dikira 1 mata. Cam tulah serba ringkasnya. Saper yang kalah jadi penyerang lah plak. Tukar2. Tapi game nie memerlukan kawasan yang luas. kONSEP dier sama jer cam main Baling SELIPAR. Kalau nak lagi mencabar cari tin banyak2. Permainan ini hanya akan habis kalau korang dah letih @ mak korang panggil balik suruh pergi kedai atau paling femes, bila korang dah mula bertekak sesama sendiri sebab tak puas hati n ada yang merajuk " ah..malas nak main, korang main tipu!!..ha ha. Tamat.


PAINT BALL????


Tak tau apa nama menatang nie. Tapi tau lah aku nak buat. Senang jer, cari buluh muda yang kecil (agak2 je panjangnya) n berlubang (Agak agak lubang tu kecik sket dari jari kelingking). 

Potong dua. 1 untuk sarung (buluh yang panjang tu) dan 1 lagi untuk pemegang (buluh yang pendek). Pas tu raut sebatang lagi buluh sehingga runcing dan muat dimasukkan dalam lubang buluh pemegang cam kat atas tu. Pastikan buluh yang di raut itu panjangnya melepasi buluh 1 iaitu buluh sarung. Ok siap satu.

Cara nak main plak..

Mesti ada peluru. Ada 2 jenis iaitu :

Kertas yang dibasahkan 
Ambik kertas (surat khabar ke apa) basahkan. Nanti dia jadi mampatkan. Ok cuit sket n letakkan di lubang buluh (hulu sarung). Mampatkan lah kertas tu dengan mengetuk buluh pemegang. N then, tolak kertas yang dah mampat tadi tu ngan buluh pemegang yang ada buluh runcing tu. Tekan guna buluh runcing tu, hingga hampir ke tengah. Kalau dah ready nak tembak , tarik buluh pemegang tu ke belakang (keluar) dan push ke depan. Tekanan angin + buluh raut tu akan mengeluarkan kertas yang mampat tu keluar dari buluh. Ini sains nie. Thats y la buluh runcing yang diraut tu kena lagi panjang dari buluh sarung tu untuk menambah tekanan tolakan peluru keluar dari sarung.
    
Putik buah jambu Air.
Yang ni paling femes. Tau tak jambu air? Kan sebelum jadi buah, dia jadi bunga buah @ putik kan..Alaa, tak paham lah tu. Aku belanja gambar lah senang.

Putik buah Jambu Air.
Ha..yang nie lah..Sama cam kertas tadi, letakkan kat lubang buluh tu. Ketuk2 (mampatkan). Tekan masuk bunga nie ke dalam buluh n ready to shoot.



MAIN KAD


Yang ni tak tradisional sangatlah. Ni cam main terup gak nie,. Bermain disamping menimba ilmu. Kad ada macam-macam tema. Kalau cam kat atas nie tema kereta kebal. Setiap keping kad adalah  gambar kereta kebal berbeza dari seluruh negara dan ada info ringkas ciri setiap kereta kebal,  macam kelajuan, berat. Setiap kereta kebal ada kelebihan dan kekurangannya. Cara game ini dimainkan ialah dengan memanipulasi data2 kereta kebal tersebut.

Cara permaian :
Agih kad tu cam main terup. Seorang pemain akan memulakan permainan (pemilihan first player yang ditentukan oleh persetujuan bersama atau lailitamplong jer) Sesiape yang jalan dulu boleh memilih mana-mana ciri kereta kebal yang mana mereka rasa ada kelebihan berbanding kad lawan. Nie main agak jer. Melainkan korang dah main guna kad nie 3,4 kali n dah hafal kereta kebal mana paling power.

Contohnya. Dia pilih kategori berat. So bandingkan berat kereta kebal masing2. Siapa ada kereta kebal paling berat dia yang menang dan akan ambil semua kad player yang kalah. Yang menang tadi akan teruskan permainan dan akan pilih kategori yang dia suka. Sampailah kad tu habis.



MAIN BIJI GETAH

Main biji getah - Cari satu biji getah. Lawan dengan biji getah kawan anda. Caranya. Rapatkan kedua2 biji getah dalam satu gengaman tangan anda. Genggam dan tekan. Biasanya salah satu biji getah akan pecah. Yang pecah dikira kalah. .Seronok gak game ni tau (masa tu. Sekarang bila pikir balik, cam mentel jer main cam tue. he he).

DAM AJI


Dam aji. Tak tau plak asal usul game nie kan. Yang aku tau, matlamat game ni memang nak dapatkan level haji. Kelengkapannya mudah jer. Papan dam dan Penutup botol oren atau kulit kerang. Yang membezakan askar korang dan lawan ialah satu kedudukan askar normal dan satu lagi diterbalikan. Jalan ikut kotak2 batik yang diwarnakan sahaja.

Ala cam chess gak. Kalau buah korang sampai kat laman lawan paling bawah tu, korang boleh tukar askar tu jadi apa2 yang korang nak. Bezanya dam aji, korang sampai jer kat zon lawan baris paling bawah tu, korang akan dikira dah aji dengan cara ambik satu lagi penutup oren dan tindihkan atas oren tadi. Tahap aji ni cam tahap queen dalam chess. Boleh pergi sukahati korang nak, tapi ikut kotak yang diwarnakan sahaja. Femes di kedai-kedai kopi dan warung pak jabib.


GALAH PANJANG @ JELON?
Galang panjang atau aku panggil jelon. Aku pun tak tau asalnya nama game nie galah panjang. Aku tau permainan ni sejak aku balik kampung tuk aku time cuti sekolah dulu di Melaka. Sepupu aku yang ajar game ni. Katanya game nie namanya jelon. Asalnya, kat Melaka kami main 4 kotak je. Balik ke kg aku, Klang, aku revolusikan game nie jadi 6 kotak. Ha ha..Cam poyo jer bunyi. Maklumlah ramai yang naik main. Kalau main 4 kotak ,6 player jer yang dapat main. 


Cara permainan :

Bahagikan 2 kumpulan  : Contoh : Pengawal (Biru) dan Penyerang (Merah)

4 kotak besar tersebut adalah zon selamat kepada penyerang. Kira cam tempat         berlindung/berehat sebelum mara ke kotak yang lain.

Pengawal :

Anak panah menunjukkan kawasan kawalan setiap pengawal dan arah pergerakan 
yang dibenarkan.

Pengawal baris 1 : 
Atau pengawal barisan hadapan. Kawal sepanjang baris hadapan supaya penyerang tak dapat melepasi garis pertama dan memasuki zon selamat.

Pengawal baris 2 : 
Mengawal sepanjang baris ke 2 dan sepanjang laluan tengah. Memastikan tiada penyerang yang melepasi garis ke 2 dan melepasi laluan tengah pindah ke kotak sebelah.

Penyerang :

Penyerang perlu melalui setiap kotak dan untuk itu ia perlu melepasi kawalan setiap pengawal sehingga melepasi pengawal ke 3 dan baris ke 3. 

Ketiga-tiga player penyerang boleh bergerak mula serentak dari kiri dan kanan kotak untuk mengelirukan pengawal. Dan boleh pergi kemana-mana arah kotak.

Penyerang yang disentuh oleh Player pengawal semasa permainan, dikira 'out' dan perlu keluar dari gelanggang. Namun rakan player penyerang lain boleh teruskan permainan.

Camner mata dikira ?

Mata dikira apabila salah seorang penyerang berjaya melepasi setiap pengawal dan sampai ke penamat (luar kotak). Kumpulan yang berjaya akan berjalan sekali lagi dan sekiranya tidak, player pengawal pula akan jadi player penyerang dan sebaliknya.


KAPAL TERBANG KERTAS

Roket kertas - Permainan yang menghabiskan buku sekolah aku. ha ha..


DAM ULAR


Dam ular - Paling tension bila kena ular yang paling last sebelum tamat tu. Turun bukan sikit2.
MAIN GULI


Guli - Permainan yang paling sesuai dibawa ke sekolah. Time rehat boleh main. Apa yang best permainan guli nie, ia satu pertaruhan berbentuk pelaburan yang mana guli pihak lawan yang kalah akan jadi milik kita. Maklumlah dulu2, guli kira mahal lah jugak kan.. Siapa yang terror, bawak 2-3 guli pun tak per. Tak bleh bawak satu, coz at least satu guli akan dipertaruhkan dan satu lagi guli akan jadi "peluru".

PENUTUP BOTOL OREN



KUNDA KUNDI




TENG-TENG




MAIN ASKAR-ASKAR


Bina kubu dan letakkan askar2 anda. Memerlukan 2 player. Kalau nak lebih pun boleh. Lepas tu, tentukan jarak antara kubu anda dan kubu lawan . Cara permainannya. Baling askar2 nie guna batu. Batu bata, batu lesung dilarang sama sekali.  Batu kecik jer dan biasanya yang telah dipersetujui kedua-dua pihak. Ambik batu n then ko baling dia punya, dia baling ko punya askar. Sebab tu kena buat kubu kukuh2 dan sembunyikan askar di tempat yang strategik supaya tak dibedil oleh musuh. Askar yang jatuh dibaling dikira 'mati'. Sape yang kehilangan semua askar terlebih dahulu dikira kalah.


Comments

Popular Posts