Lorong Tunai ke Touch N Go?


Kadang-kadang aku tak paham la, kenapa diorang nie sanggup beratur panjang untuk membayar tol di lorong tunai berbanding menggunakan Touch n Go or Smart Tag.. Bukan ker menggunakan TnG dan Smart Tag lebih mudah. Kadang-kadang tengok diorang beratur panjang-panjang bayar tol pun aku dah letih, inikan pula nak join sekali.. Kalau nak kata tak mampu beli, pelik la plak. Dengan serendah RM10 pun kita dah boleh dapat TnG. Bukan apa kadang-kadang yang beratur panjang-panjang tue pakai BMW, Toyota Hilux la..Kalau satu dua biji kereta mewah beratur takper, imungkin tNg HILANG KER, LUPA Top Up ker, ini dan sama banyak ngan lori la.
Takperla kalau diorang nie sanggup beratur panjang dan tunggu lama-lama. Tapi masalahnya diorang nie melibatkan pengguna lain yang menggunakan lorong TnG dan Smart Tag sekali. Itu yang jadi masalah tue. Kalau diorang beratur panjang-panjang diorang dah block lorong lain yang lancar. Secara tak langsung kami yang tak terlibat pun jadi mangsa sekali.
Di sesetengah tempat, perkara ini amat ketara. Lebih-lebih lagi pada waktu puncak. Kalau tak percaya balik kerja lalu di tol Bt. 3, Tol Shah Alam dan tol Setia Alam. Perbezaan jumlah kenderaan  amat ketara antara lorong tunai dan lorong TnC.  Nisbah 20 kenderaan dilorong tunai : 1 di TnC.. Mustahil semua mereka yang beratur lupa nak Top Up atau hilang kad.
Mungkin bagi sesetengah dari mereka jarang menggunakan lebuh raya untuk urusan seharian keuali bila tiba time nak balik kampung atau bercuti sahaja. Namun tak salah jika kita menyimpan sekurang-kurangnya satu kad TnC di dalam kereta jika tak mampu nak beli Smart Tag. Manalah tahu jika tiba-tiba ada kecemasan yang memerlukan kita untuk segera ke sesuatu destinasi. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan masa perjalanan kita.
Tapi kalau nilai kad dah habis, lupa nak Top Up atau tiba-tiba hilang, terpaksalah beratur sama di lorong tunai. Tiada pilihan. Apa pun dalam hidup nie ada pilihan, fikirlah yang terbaik.

Comments

Popular Posts