Pulai Desaru Beach Resort 23.9.2011 - 25.9.2011
Lama rasanya tak menulis blog niie..Last sekali tahun lepas. Tahun ni baru nak buka balik. Almaklumlah, part time blogger. Suka hati lah nak update atau tak update. Lagi pun takder apa nak citer. Lain lah orang pompuan, banyak citer. Kuih muih, citer pasal baby, menjahit tak pun upload resepi dan gambar masakan diorang. Nak tunjuk bakat lah tue. He he..
Apapun, gambar-gambar nie masa aku bercuti ngan family di Desaru Johor 23.9.2011 hingga 25.9.2011. Upload gambar dah lama, tapi baru nak story. Mana tu Desaru? ha kat sini lah. Cer tengok peta kat bawah nie. Terletak di negeri Johor Darul Takzim.
Meh kita tengok sket review hotel nie yang dicopy paste dari image en google.
Pintu masuk Resort. |
View dari atas |
Lobi Hotel |
Bilik. (Standard Room) |
Ni kali pertama aku datang ke sini. Kami menginap di Pulai Desaru Beach Resort. Perjalanan lebih kurang 4 jam dari KL. Cantik woo tempat nie. Tak sia-sia aku datang. Sampai dalam kul 12.00 tengahari. Sampai-sampai terus check in. Pas tu kuar balik survey kawasan. Ada ke Stesen minyak kat sini?, pasaraya, klinik, bank, tempat makan. Survey punya survey jumpalah bandar. Bandar terhampir adalah Bandar Penawar.
Tapi lebih kepada macam pekan la. Kat sini bank ada, Fast food pun ada (Marybrown jer), stesen Bas, stesen minyak petronas dan sebiji pasaraya 2 tingkat.
Tapi lebih kepada macam pekan la. Kat sini bank ada, Fast food pun ada (Marybrown jer), stesen Bas, stesen minyak petronas dan sebiji pasaraya 2 tingkat.
Kalau sesiapa yang plan nak bercuti dan bershopping cam kat Langkawai tu, lupekanlah, coz kawasan ni takder tempat bershopping. Tapi kalau datang betul-betul nak berehat, tempat nie memang best. Pulai Desaru ni mamang cantik. Sesuai kalau nak bawak family.
Masa untuk mandi manda..
Kat sini diorang sediakan play ground untuk kanak-kanak dan pelbagai peralatan indoor game seperti caroom, ping pong, meja pool, dat. Kat luar plak padang bola, gelanggang tenis, bilik gym, dan bola tampar.
Pantai plak..
Pantai cantik tapi tak bleh mandi coz ombak kuat..Diorang dah pacak bendera merah kat tepi pantai. No mandi!
Ondaway nak kuar gi makan malam. |
Kemudahan lain yang ada...
Meja Pool.. |
Kids Club...Playground untuk kanak2.. |
Posing sebelum check Out.. |
Ondawy balik ke Klang sempatlah aku kehulur hilir ke Bandar Hilir Melaka. Sepanjang hidup , dan berpuluh kali ke A-Famosa sejak kecik, ni kali pertama aku naik beca. |
Sekitar A-Famosa yang dah banyak berubah..tiada lagi pokok2 besar yang redup tu, n penjaja cenderahati bawah pokok. Tak sehapening yang dulu. Habis dah.. |
Comments
Post a Comment
ulasan