PORT DICKSON PLAK!

Aktiviti ni aktiviti my wife ngan budak-budak ofis dier. Gi bercuti ke Port Dickson. Pergi hari Sabtu dan balik hari Ahad. Kami menginap di sebuah home stay kat kat situ gak.


Actually seronok tengok gelagat-gelagat diorang. Walaupun majoriti yang pergi perempuan, tapi happening. Malam ahad tu kitorang adalah aktiviti BBQ dan diorang ada tukar-tukar hadiah. Tapi masa tu aku dah tido ngan Rayyan. zzzzz..

Esok sebelum balik tue, kitorang singgah pantai dulu bermandi manda and then dalam kul 12.00 tgh kitorang check out.  Apapun pd nie memang sesuai lah untuk gi bercuti yang jenis ringan-ringan coz dekat jer ngan KL dan kos penginapan dan makanan area tu ok.
Mamat nie mula-mula takut ngan air..tengok ombak jer lari. Pas tue bila dah biasa, langsung tak mau naik. Ni lah Rayyan.




Comments

Popular Posts