PINDAH RUMAH BARU



Alhamdulillah, siap gak rumah kitorang nie. Setelah lama menanti akhirnya pada 28 Mac 2012 kitorang terima kunci rumah baru. Walaupun tak sebesar manapun tapi cukup lah buat kami sekeluarga. Planing nak beli umah teres yang 2 tingkat tu. Dah banyak tempat gak kitorang survey antaranya Setia Alam, Puncak Perdana, Subang Jaya (Belakang sekolah teknik Shah Alam, TTDI Jaya Shah Alam, Puchong. Kebanyakannya rumah second lah. Coz masa mula-mula cari rumah tu, kitorang fokus lokasi dulu. Cadang nak duk Shah Alam.

Rumah yang ke-2 tu. Dekat ngan taman.



Alkisahnya camne awalnya kami boleh 'terbeli' rumah ni, Asalnya nak cari umah sewa je. Coz kami cadang nak pindah dari Damansara ke Meru. N then kitorang nampak satu iklan rumah untuk dijual. Terus kami call n datang rumah contoh. Alhamdulillah memang kebetulan ada dua lagi  kekosongan coz orang yang booking sebelum nie tak lepas loan. Satu rumah teres biasa n satu semi D. So dia pun offer lah kat kami yang semi D tu. Booking plak time tu RM100 je. 

Masa tu dah tak pikir lah lokasi dekat ngan ofis ke tidak. Memang rezki kami lah. Cari rumah sewa, tapi dapat rumah baru pulak. Tapi tetap kena teruskan cari rumah sewa coz projek tu akan siap lagi setahun setengah. Last sekali dapat jugak rumah sewa kat Taman Meru Ehsan. Sementara menunggu siap umah baru, kat sini lah kami menyewa.

Dah nak siap dah. Teruja rasanya. Tiap2 minggu jenguk rumah. Dari tapak tu tutup ngan zink sampai lah jadi cam kt atas tu. 

Alhamdulilah. Dapat je kunci kami pindah barang sikit-sikit guna kereta. Yang besar2 tu kitorang terpaksalah upah mover. Banyak berjasa mover nie tau. Syarikat AST Logistics. Sepanjang kitorang kahwin masuk nie dah 3 kali kitorang pindah dan 3 kali gak kitorang dah guna khidmat diorang. Service memang tip top lah.

Kemas tak diorang buat..

Semua benda diorang balut...bagus tul 


Comments

Popular Posts