Sekolah Baru Rayyan
Sekarang Rayyan dah tukar 'sekolah'. Rayyan dah tak sekolah kat Shah Alam Lagi. Sekolah baru dia sekarang kat Meru jer. Dekat sket ngan rumah. Alhamdulillah dapat gak cari Taska yang dekat-dekat ngan rumah. Sebelum ni kami hantar ke pengasuh baby di Shah Alam. Lama dah, kat 2 tahun gak. Apapun thanks la kat pengasuh kami sebelum nie, kak Nor.
Kami start hantar kat Taska ni sejak 2.5.2012. Taska yang baru ni buka pukul 7.00 balik 6.30. Memang tak sempat lah nak gi kerja kalau kami hantar kul.7.00. Buat masa ni aku minta mak ngan ayah aku yang hantar Rayyan ke Taska. Tapi time balik kami yang ambik. Masa hari pertama tu masuk kerja lewat sket, coz nak hantar anak ke taska baru. Lagipun nak kenalkan pemilik Taska tu ngan Mak ayah aku, coz nanti diorang yang tolong hantarkan Rayyan.
Sempena masuk sekolah baru nie Cikin siap belikan beg roda Ben Ten baru kat dia lah. Punyalah semangat. Cam biasalah masa hari pertama hantar tu, menangis lah jugak. Yang tak tahan, masa kami datang jemput dia time balik, siap dah tunggu depan pagar. Nampak jer keter kitorang, terus lari ambik beg dia. Memang tak sabar nak balik. Tapi dah kat seminggu nie, cikgu dia kata dia dah ok sket. Menangis pun kejap jer. Itulah Rayyan. Sebelum ni dia tak pernah nangis pun masa hantar kat rumah pengasuh lama. Mungkin firt time die kekok sket. Lepas masuk Taska ni macam ada perkembangan sket lah, dia mula nak makan, pandai makan sendiri, Tidur pun tak lewat macam dulu. Kul 11.00 dah tido. Mungkin penat sekolah kot.
Assalamu'alaikum.. Sy nk tnye pgasuh rayyan kt shah alam tu kak nor di ttdi jaya apartmen ilham eh?
ReplyDeleteYe betul..
Delete