MAT REMPIT

MAT REMPIT

Ini bukan isu baru, mat rempit wujud sejak kewujudan moto lagi. Masa zaman-zaman beca, kereta lembu dulu, tak ada pun isu mat rempit nie. Macam-macam kempen dah kerajaan buat. Dari cara ”kasar’ sampai cara halus. Maksud aku cara kasar nie, buat roadblock, buat kenyataan media kecam mat rempit nie.

Dan sejak kebelakangan nie cara itu diubah kepada pendekatan lebih halus. Contohnya, wujudkan kelab-kelab moto, pemimpin-pemimpin politik, atau wakil persatuan mula mendekati golongan mat rempit ini.  Mereka turun padang, berkonvoi dengan mat-mat rempit. Macam-macamlah. Dengan harapan, kaedah tersebut berjaya ’melembutkan’ hati mat rempit tersebut. 

Cadangan yang biasa kita dengar nak membenteras mat rempit nie ialah, kita buat satu trek untuk diorang berlumba. Balik-balik cadangan yang sama.Ni lah cadangan yang paling meluat aku dengar. Nampak sangat diorang tak tau dan tak mendalami perasaaan mat rempit nie..

Kita kena paham, kenapa diorang suka merempit..Diorang nie merempit coz nak tunjuk ’bakat’ diorang kat  orang ramai. Senang cerita, diorang nie memang suka merempit di jalanraya berbanding litar. Bila orang tengok ’’fuyooo!!! Gilalah mamat ni. Berani betul’’. Diorang memang sukakan pujian sebegitu. Trek yang banyak kereta, pas tu cilok sana cilok sini, melawan arus plak tu. Baru anak jantan. Diorang nie kalau nak tau memang hati kering punya. Diorang tak suka aktiviti yang ada prosuder dan protocol.

Lagi satu diorang merempit nie, bukan semata-mata nak test motor siapa paling laju, tapi pemanduan siapa paling hebat. Nak tunjuk cara pemanduan, dah tentu jalanraya tempatnya.

So, buat trek pun tak guna. Apa barang merempit kat trek. Tiada cabaran.

So, kita kena pikiaq cara lain sikitlah. Alihkan tumpuan diorang @ kata lain sibukkan diorang dengan aktiviti lain selain merempit. Contohnya banyakkan pusat-pusat sukan jenis terbuka dan rekreasi malam seperti gelanggang futsal, bola keranjang, x-tream park. Barulah diorang ada aktiviti sikit selain dari merempit.

Nak ubah mat rempit nie memang susah. Diorang nie dah kategori terlambat. Lagipun diorang dah habis beribu bikin moto tu, Rugilah kalau nak stop merempit. Biarkan diorang. Fokus jer didik ganerasi yang belum ’tercemar’ ni, contohnya kanak-kanak sekolah rendah. Alihkan minat diorang dari kecik minat bersukan dari minat merempit.





Comments

Popular Posts