PENGANGKUTAN AWAM
Kenapa yer ?
Bas.
Bas lambat. Kena tunggu penumpang penuh baru jalan.
Banyak sangat berhenti, kadang-kadang laluan ikut suka pemandu jer.
Lagipun tak ada beza naik bas dengan naik kereta sendiri. Naik bas pun masih tersangkut alam kesesakan seperti kenderaan-kenderaan lain. Lainlah bas ada laluan khas macam tren kan. Baru lancar.
4. Kalau nak gi shopping lagi leceh. Dah lah banyak beli barang. Pas tu kena berhimpit-himpit dalam bas. Kalau naik kereta terus campak jer dalam bonet.
5. Tak sesuai kalau nak berjalan-jalan naik bas bawak family. Lagi lagi kalau ada budak kecik.
Tren komuter KTM
1. Komuter : Ini dulu lah. Sebelum KTM tambah tren baru. Bukan orang tak nak naik tren tapi tren LAMBAT, PENUH DAN SESAK, SELALU ROSAK, TAK IKUT JADUAL, Dah lah lambat, sampai stesen nak transit naik teksi atau bas pulak. Leceh lah. Itu baru citer pasal tren. Belum parking lagi. Sentiasa penuh. Macam mana lah nak galakkan orang naik tren, Parking pun tak cukup.
2. Tapi sekarang dah ok kot. Tahniah KTMB kerana berjaya tambah tren. Harap-harap dah tak bermasaalah lagi.
Tapi tambah tren pun masih tak membantu menambahkan jumlah penumpang dan menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam sebab tempat letak kereta masih tak mencukupi. Tren tambah tapi tempat letak kereta tak tambah. Tak ada makna jugak kan. Apa diorang ingat orang yang datang ke stesen Komuter semua jalan kaki ke?.
LRT
Ni pengangkutan paling aku puas hati. Efisien, cepat dan lancar. Walaupun kadang-kadang ada kelewatan tetapi jarang berlaku. Tapi ada satu masalah. Macam komuter gak, tempat letak kereta . Bayangkan kul 7.30 pagi, tempat parking dah ditutup sebab dah terlalu penuh.
Parking dah lah tak cukup, tempat menjemput dan mengambil penumpang pun tak ada. Dah parking tepi jalan. Pas tu jalan mulalah sesak. Nyusahkan orang. Diorang nie masa design stesen LRT nie tak pikir ker nak buat semua nie. Dah tau orang ambik dan turunkan penumpang mestilah kena buat tempat menunggu dan menurunkan penumpang. Lagi satu tempat memunggah barang untuk kedai-kedai dalam stesen LRT. Lori-lori ni pun sama naik, parking selamba jer tepi jalan, pas tu turunkan barang-barang diorang.
Comments
Post a Comment
ulasan