CUTI-CUTI LANGKAWI - 14-16.9.2012
Hari isnin hari tu (17.9.2012) cuti kan, so, kitorang tambah satu lagi cuti sebelum tu 14.9.2012, gi Langkawi. Kalau nak gi Langkawi nie lebih baik ambik 3D2N kan. Dah lah jauh, drive plak tu. Kalau pegi 2 hari wat penat jer. Kalau gi Morib bolehlah balik hari. Pegi awal (Jumaat) balik ahad, Isnin bolehlah rehat. Camtulah planning kitorang.
Kami Bertolak kul 6.00 am selepas subuh
Ni lah first time aku gi Langkawi drive, coz sebelum nie ada pilot yang bawak. Meh aku citer sket, kot-kot ada yang tak tau nak pergi sana. Tol pertama, Tol Setia Alam. Pas tu exit kat tol Juru (RM45.10). And then lalu kat Tol. Sg. Dua, exit plak kat Tol Alor Star (Utara) (RM12.70). Traffic Light lepas tol, terus jer, ikut Sign board ke Kangar dan selepas tu ikut jer Signboard ke Kuala Perlis. Agak dalam sejam, sampailah. Keseluruhannya, perjalanan dari rumah mengambil masa 6 jam, termasuk berhenti, sarapan, isi minyak.
Ok.. Nak story plak, step2 wajib yang perlu dibuat untuk ke Langkawi sekiranya anda drive..
Parking Kereta.
Tugas pertama : Cari parking kereta dulu. Tempat letak kereta ada yang open dan tertutup. Aku pilih yang open area coz lebih banyak kereta parking kat situ dan nampak lebih selamat. Bayaran Parking RM30 untuk 3 hari (diorang kira 48 jam). Jarak tempat parking ke Jeti dalam 200 meter.
Bot
Lepas tu beli tiket bot. Aku pun tak tau mana satu bot yang bagus. Tengok orang beratur aku pun join sekali.
Tiket Dewasa : RM18.00 dan
kanak-kanak RM13.00.
Total(RM49.00 sehala).
Cuaca masa tu hujan lebat. Angin punyerlah kuat. Aku tanyalah brader yang jaga kaunter tu, "feri on jer ker time ribut-ribut nie". Mesti, feri kitorang besar". tawakal jer lah. Alhamdulillah masa kitorang start naik feri, hujan pun reda.
Nak story sikit lah fasal naik feri nie. Sebenarnya tak perlu berebut-rebut pun , coz masing-masing ada nombor tempat duduk. Cuma tempat turun dan naik penumpang agak terhad. Berasak-asak jugaklah. Harap next time dapat sediakan satu lane macam beli tiket wayang tulah, baru teratur sket. Perjalanan ambik masa dalam 45minit..
Sewa kereta.
Yang ni memang wajib. Kalau tak memang patah kaki lah jawapnya. Duk hotel jer. Aku dah selesaikan awal-awal lagi. Coz aku sewa kereta dengan pengusaha parking kereta di Kuala Perlis. Dapat kereta Vios, RM200 untuk 3 hari. Ok tak?..Tak tau lah mahal ker murah. Survey gak kat internet. Harga dia around ni jugak lah. Bayar deposit kat jeti Kuala Perlis RM20. Lagi satu, kalau sesiapa tak sewa hotel lagi, diorang pun boleh uruskan hotel untuk kita jugak. Kira Pengusaha parking kereta ni 3 in 1 la. Kat resit dah tulis nama orang yang akan uruskan kereta kat sana. Dapat jer kereta bayar balance RM180.00 dan deposit sekali lagi RM50.00. RM50.00 ni akan dipulangkan selepas kita pulangkan kereta masa nak balik nanti. Masuk jer dalam kete, Jeng3. cis!! minyak dah blink2. Kedekut punya orang. Kot yer pun isilah separuh. Aku pun bertekad, masa pulangkan nanti, akan ku pastikan minyak pun blink2 jugak. What u give u get back. ha ha.
…..Sebelum sampai Hotel.
Jeti Langkawi ni kat ngan Pekan Kuah dan hotel kitorang plak kat Pantai Tengah (Sebelah jer ngan pantai Cenang). Dengan minyak kereta dah blingking, stesen minyak pun tak tau kat mana. Padahal dah 4 kali aku ker sini, tapi ini kali kedua aku drive sendiri. Misi pertama , Cari stesen minyak. Nasib baik stesen minyak banyak kat sini. Selesai masalah pertama. Tapi masih kat Pekan Kuah. Misi ke2, cari jalan ker Pantai Chenang, pusing-punyer pusing, sampailah kami ke Federal Villa Langkawi di Pantai Tengah.
Hotel punyer citer.
Yang ni dah selesai sebelum bertolak lagi. Booking awal. Federal Villa ni sebenarnya milik Holiday Villa. Juga dikenali sebagai Rumah Rehat Persekutuan. Kalau kejer Gomen tau lah. Check in kat Holiday Villa tapi duk kat Federal Villa. Sebeleh menyebelah jer. Bilik ok, Cuma nasib kurang baik coz bilik kami Air cond problem sket . Kami dah tempah dari bulan 7. Itu pun standard room dah habis. Yang ada Cuma Deluxe Room. RM280.00 (3D2N). Harga ni, harga gomen rate. Aku book terus dari website Federal Villa. Dengan syarat masa check in nak bayar, tunjukkan pas kerja baru dapat harga tu. Harga asal sebenarnya lebih kurang RM240.00 untuk 1 malam @ RM480.00 untu 3D2N. Bilik 334. Mujur tingkat 2 jer. Sampai-sampai tido dulu. Dalam kul 6 kuar balik tengok pantai. Pas tu start engine pusing pulau sampai pekan Kuah.Sebelum sampai hotel, singgah jap kat pantai cenang, window shopping. Memang happening lah kat pantai Cenang ni coz banyak kedai cenderahati dan kedai-kedai makan di kiri dan kanan jalan.
Makan-Makan...
Sarapan Pagi...
Aku pun tak ada info, tempat mana yang best untuk bersarapan ni. Tapi aku ada jumpa satu kedai makan ni. Dekat Pantai Cenang. Coz dekat jer ngan hotel. Nama kedai ni memang takder, tapi orang yang datang makan kat sini boleh tahan ramai. Menu yang ada cuma air, nasik lemak yang dah siap bungkus dan kuih. Nasik lemak ni ok gak. Kedai ni punyer stail, diorang dah siap bungkus nasi lemak tu dan tandakan kat pembalut dengan singkatan jer. Contohlah yer. DK untuk Daging Kicap atau DA untuk daging ayam. Kalau tak tau jugak singkatan tu, jangan risau coz diorang ada sediakan list ‘mini singnboard’ singkatan menu nasi lemak diorang untuk rujukan pelanggan. Ada lebih kurang 10 lauk yang kita boleh pilih dengan kadar harga yang sama rata (Flate Rate). Ingat DIGI, Celcom and Maxis jer jer buat promosi camni, nasi lemak pun ada flale Rate.
Makan Tengah hari : Pak Ya Restoran
Yang ni kami tau nak cari kat mana. Pa Ya Nasi Ayam. Nasi ayam restoran nie memang terbaik lah. Betul2 terletak dekat Pekan Kuah. Nasi ayam Pak Ya ni sama jer macam nasi ayam lain. Yang istimewa nya ialah ayam yang digoreng rangup tu, ditaburkan atasnya dengan sayur kubis yang dihiris memanjang (macam juri master chef lah plak) dan dicurahkan sos kicap. Aku pun tak tau kicap apa, tapi memang sedap. First time kami makan masa kami honey moon dulu. Coz restoran ni menghadap Hotel Bella Vista (yang macam castle tu) yang kitorang sewa masa honey moon dulu. Tak sangka lepas 3 tahun rasanya masih sama dan macam biasa kedai nie memang ramai pelanggan. Menu yang simple, cepat dan sedap. Thumbs Up for Pak Ya Restaurant.
Makan Malam. Restoran Mangga Pantai Cenang
Kalau bercuti kat pantai ni apa lagi cari restoran seafood la ye tak. Makan dekat-dekat je ngan hotel. Restoran Mangga. Berhadapan sket ngan hotel Aseania di Pantai Cenang. Ada ikan bakar. Menu cam biasa la, sama dengan mana-man restoran seafood.. Ok jugak lah makan kat sini. Sedap pun sedap. Servis ada lambat sket, tapi di bawah kawalan. Boleh sabor lagi..
Shopping plak.
Macam biasalah, Coklet, pinggan mangkuk. Sempatlah Cikin bershoping sket di Kedai Hj. Ismail dan Idamansuri tu.
Balik time.
Kitorang dah planning nak jadi orang paling awal sampai ker jeti nie. Kul 6.30 dah bangun dah. Siapkan barang. Kul 7 Check Out. Singgah jap beli sarapan kat kedai nasi lemak yang sedap tu. Pas tu, terus ke jeti. Ler..ingat kitorang paling awal, sampai jeti, rupanya dah bersepah manusia kat situ. Kalau aku tau, kul 4 pagi aku dah gerak ke jeti.
Sampai jer, tunggu pemilik kereta sewa ni dulu, tak sabar nak pulangkan kereta Vios diorang yang minyak dah blink2 ni. Sama cam masa kitorang dapat dulu. Kebetulan. Lepas serah jer kunci dan collect balik deposit kereta, baru boleh beli tiket.
Dalam ku 9.30 kitorang start beratur (check in). Bukan nak mengatalah, pengurusan jeti kat sana memang teruk dan kelam kabut. Sebiji macam jeti peraih ikan. Bayangkanlah barang lebih banyak dari orang. Errkk!! seksanya. Rasanya kalau next time datang sini tak mau dah naik bot.
Banyak tak barang kitorang? Nasib baik ada troli. Troli nie kena sewa. RM1 jer. |
Yang kelakarnya, dah lah penat berasak-asak. Pas tu kitorang salah plak naik bot. Kebetulan ada 2 bot, Tengok nama kapal tu, depan dia MV gak. Naik jer lah. Bila sampai kat dalam, eh, kenapa diorang semua speaking timur ni. Kitorang jer yang speaking KL. Siap ada yang menjerit-jerit " Besuq kat atas, Kuala Teganu depe!!.Kemame belake deh!!. Aku pun tanyalah wife aku, eh, bot ni gi Kelate ko?. Terspeaking kelate pulok. Mustahil gok. Bior jer lah. Nombor seat dah betul. Pas tu ada soghe awe kelate ni, kiro ketuo rombonge ni la. Adik gi mano ni? Naik feri gapo?. Aku pun tunjuklah tiket aku. " Adik saloh feri nie, feri adik hok satu lagi nu. Ohh, gelabeh kawe. Kawe angkak beg terus blah..he he. Rupanya bukan aku sorang, ramai yang sesat. Aku sempat capai barang-barang aku terus kuar dari bot.
Nasib baiklah bot aku ada lagi setia menunggu. Kalau tak terbang RM49.00 kena beli tiket baru. Tapi sayangnya di dalam kekalutan keluar dari bot pantai timur tu, aku tertinggal plak stroller baby ngan payung. Sedih2. Apa nak buat. Akhirnya setelah 50 minit perjalanan sampailah ke Jeti Kuala Perlis. Ingat nak singgah Padang Besar jap, tapi dah tak larat nak jalan. Dari Jeti Kuala Perlis terus jer singgah di Tikam Batu, kg. halaman Cikin. Balik Kg. Jap. Satu jalan jer..Bermalam satu hari. Sebelum pulang keesokannya...Penat tapi seronok gak.next time boleh pegi lagi..
Comments
Post a Comment
ulasan