Pulau Pangkor Jauh Ker Tengah
Rayyan, cam biase cuba nak explore kawasan.. Berani terlebih..risau plak aku ngan perangai yang satu nie. |
Kali nie lepak jauh sket, Teluk Nipah Pulau Pangkor. 2 hari 1 malam jer. Ok lah tu kan. Pangkor bukan ada apa sangat nak lepak lama-lama. Best mandi laut jer. Bukan macam Langkawi. Tapi Pangkor memang best.
Bertolak kul 5 pagi dan sampai kul 9.30 pagi . Bertolak 3 kereta coz, sebiji lagi dah sampai semalam. Pergi awal. Kali nie ke Pangkor naik ikut Jeti Marina Island Resort. Jeti ni Jeti baru. Dari pekan Manjung tu, terus jer sampai jumpa simpang kiri ke Teluk Batik. Ambik kiri sampai jumpa traffic light simpang tiga (Sebelah kanan traffic Light ada kuarters TLDM). Depan sket selepas traffic Light ada signboard ke kiri tulis Marina Island Resort. Kalau tak tau jugak check kat google la yer. Parking plak aku kena RM7.00 jer dari kul 9.30am Sabtu ke 1.00tgh Ahad.
Tempat ni tak lah se hapening Lumut. Sunyi jer.Kedai pun belum banyak yang buka. Tapi jeti nie lebih cantik dari Jeti Lumut lah. Ada kapal2 layar parking kat sini. Yang bestnya naik ikut jeti Marina, orang tak seramai di Jeti Lumut. Tu yang penting tu. Tak yah berebut rebut. Masa perjalanan ambik masa 10 minit jer. Kejap kan. Nak lelap pun tak sempat.. huaarkhh.
Kami semua menginap di chalet Lyana Villa di Teluk Nipah. Seingat aku ini kali keempat aku duk kat chalet nie. 2 kali masa bujang dan 2 kali lepas kahwin. Sekali jer duk khemah tepi laut. Chalet nie biasa jer tapi dekat dengan kedai-kedai makan dan laut. Agak-agak sakit perut masa tengah berkayak ker, boleh berhenti jap balik bilik melepas hajat dulu.
Pas check in, aku and family tido jer, coz penat drive tak hilang lagi. 3 family lagi gi naik van pusing Pangkor. Alamak sori lah, tak dapat nak join..tak larat lah. Lepas Asar, siap-siap kitorang sefamily terjun laut. Coz yang lain belum sampai lagi. Malam tu tak buat apa, pergi makan malam, pas tu lepak lat Loby chalet tengok bola final Kalantan VS ATM n then tido.
Pagi soknya, awal-awal lagi dah kuar sarapan, pekena roti canai dan the tarik. Bukan senang nak cari roti canai ngan teh tarik kat Teluk Nipah nie. Makan kat tepi laut plak tue. Boleh tahan gak lah..
Cuti kali nie memang seronok, sebab pergi ramai-ramai. Lagipun anak kitorang semua umur lebih kurang jer. Ada 5 orang budak-budak semuanya. 4 orang umur lebih kurang sebaya 2-3 tahun dan 1 jer yang masih kurang setahun. Pening gak lah nak jaga diorang nie..maklumlah tengah2 lasak. Apa pun memang seronok tengok gelagat diorang nie.
Dalam kul 10.00 balik bilik, kemas-kemas barang terus chow. Sampai jeti Pangkor, tu dier, punyer ramai orang beratur. Nasib baik kitorang ikut Marina Island. Bye bye. Macam lane VIP plak. Tak yah beratur panjang2. Lagipun kitorang datang setengah jam lebh awal. So dapatlah duk depan sekali. Kalau naik bot turun kat Jeti Marina Island, tak dapat duduk pun takper, dekat jer.
Rasanya ini trip penutup untuk tahun nie kot. Tahun depan jadual penuh coz dari awal tahun sampai pertengahan tahun masing-masing dijangka bersalin termasuk wife aku, bulan 3 tahun depan. InsyaAllah. .
Comments
Post a Comment
ulasan