Muhammad Raykarl
Baru hari tu story nak gi check up 28.2.2013. Tak sempat. my wife dah selamat bersalin pada 26.2.2013 (Selasa). Alhamdulillah. Dapat baby boy. Apapun syukur sangat kedua-duanya selamat dan sihat.
Baby lahir jam 3.15 pm di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), walaupun jangkaan awal bersalin adalah pada 9.3.2013. Orang kater kalau anak ke 2 biasanya memang awal seminggu atau dua minggu. Syukur pada Allah yang memudahkan urusan kami. Macam-macam dugaan masa mengandung. Coz awal kandungan, dokter kater kandungan hampir gugur. Dokter suruh banyak berehat. . Pas tu, baby songsang dan uri kat bawah plak.
Alhamdulilah last checkup pada 19.2.2012 (minggu ke 37) untuk tentukan wife lahir normal atau pembedahan, masa tu baby dah dalam kedudukan normal. Kalaulah masa checkup tu baby masih songsang, confirm dokter dah tahan wad dan paksa bersalin bedah. So dokter bagi satu lagi appointment iaitu pada
28.2.2013. Aku pun apply lah cuti. Hari isnin tu 25.2.2013, cam biasa jer. Takder apa2. Malam tu kitorang siap lepak kedai mamak Hakim Seksyen 7 makan roti naan chese lagi.Tak sangka 2 3 jam pas tu (Dalam kul 1.15 am), wife kater ada air keluar. Terus jer siap-siap.
Mula2 hantar Rayyan kat rumah mak dulu. Nasib baik Rayyan tidur, kalau tak mau die ikut sekali ker hospital. Sampai hospital lebih kurang jam 2 am, Terus kena tahan hospital. Sempat gak lah aku bermalam kat PPUM tu sampai kul 6 pagi. Pas tu balik rumah sambung tido. Kul 11.00pagi selasa, pegi balik PPUM coz waktu melawat hanya kul 12 tgh jer.Bajet nak lah jenguk wife, tapi ondaway tu wife kater dokter dah suruh masuk bilik bersalin. So tak dapek lah nak tengok dier. Tunggu punyer tunggu, kul 4.30 baru dokter telefon kater wife dah bersalin. Alhamdulillah. Rupa -rupanya wife dah bersalin dalam kul. 3.15 tadi. Tak kisahlah janji selamat.
Comments
Post a Comment
ulasan