Pindah Ofis dAh (My Ride Story)
Sekarang wife aku Cikin, dah kojer tempat baru. Dulu kat Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama di Kelana Jaya, sekarang dah kat Jab. Akauntan Negara Selangor di Shah Alam. Alhamdulillah, dekat sket ngan rumah. Macam kuar dari Kem. Pelancongan dulu, kuar dari PPD pun sedih gak katernya, coz dah rapat ngan kawan-kawan kat sana. Biaselah, apalagi yang buat kita semangat nak gi kerja, kalau tak kerana kawan-kawan kan. Harap die happy ngan tempat baru nie. Dengan bertukarnya wife aku ke AG Selangor, ini bermakna, aku dah start naik motor ke tempat kojer..maklumlah jalan dah tak sehaluan. Sejak kami berdua start kojer gomen 7 tahun lepas, ni lah kali pertama kitorang pegi kerje asing-asing. Sebelum nie naik satu kate jer, coz sekali jalan.
Ni yang mula-mula dulu.
Aku start kojeR Gomen kat Jalan Dato Onn KL (Depan Bank Negara) 16.2.2006 dulu. Masa tu cikin masih kejer swasta sebagai kat Bank Muamalat kat kalan TAR sebelum tukar ke Cawangan Jalan Sultan Ismail KL. Pepagi pegi kejer sekali, ambik kat rumah sewa dia kat seksyen 7 Shah Alam, n then naik tren dari stesen Pandang Jawa ke Bank Negara. Pas tu aku jalan kaki jer ke ofis, tapi cikin kena naik STAR LRT ke Stesen Jln. Sultan Ismil. Kadang-kadang die jalan kaki jer. lalu sepanjang jalan TAR tu.
Time balik jumpa balik kat Stesen Komuter Bank Negara.
Yang Kedua plak.
Tahun yang sama, 2006, Cikin dapat Penolong Akauntan. Satu hari tu die tepon aku, hari nie AG akan bagi surat posting. Berdebar-debar gak lah tunggu keputusan. Kat kementerian manalah nanti die kena campak plak nie. Kalau jauh susahlah nak jumpa (tengah bercintalah katerkan).. kalau dapat area Selangor KL tak pun paling jauh Melaka pun dah ok lah.Jangan Pantai Timur sudahlah. Sekali dapat Kat Kem. Pelancongan di PWTC. Alhamdulillah. Dekat jer ngan opis aku. Naik tren jugak dari Padang Jawa. Cuma bezanya dia turun kat stesen PUTRA.dekat ngan PWTC. Time balik aku tunggu kat Stesen Bank Negara. Bila Cikin naik tren jer dan dkat2 nak sampai dia bagi tau die duk gerabak yang mana.
Yang ke3
2007. Dah tak naik tren dah. Kancil sudah keluar. Pergi kejer sekali. Hantar Cikin ke PWTC dulu dan Kancil aku park kat ofis aku kat Dato' Onn. Parking free katerkan. Jimat sket. Dekat je lebih kurang 10 minit. Masa nie kitorang memang banyak kejer. Hari-hari OT. Kalau tak Aku, Cikin yang akan balik lewat. Ada Kancil senang sket coz nak balik lewat suka hati, tak yah tunggu train dah.
Tadi ke 3, yang ni Yang ke 4 plak.
2008 - Aku pindah ofis ke PJ. Masa nie, Cikin plak drop aku kat PJ n then die bawak kete ke PWTC. Tak lama lepas tu baru Cikin pindah ke PPD PU kat Kelana Jaya. Tukar plak, aku drop Cikin plak, aku bawak keter ke Ofis. Bertukar tukar pemandu dah.
ke 5 kan?
2010 - Aduyai, opis aku pindah balik ke KL plak. Kat Depan Dataran Merdeka. Yang ni pening sket. Nak bawak keter, parking plak. Jem plak tue. Bermulalah era LRT.Masa tu kitorang dah duduk kat Damansara. Lalu LDP, aku berhenti kat Stesen Kelana Jaya. Alhamdulillah, masih still satu jalan pergi kojer.
Sekarang nie
Kali nie Cikin plak yang tukar tempat kojer. Alhamdullillah dah dapat tempat kojer dekat ngan rumah. Kali nie aku start naik motor.. Minggu lepas baru angkat sebijik Yamaha 135lc.. Baru semangat sket nak gi kejer. Dari rumah Klang ke KL dalam satu jam. Tapi aku bawak relax jer, coz aku kuar kul 6.30 pagi. Bawak slow-slow. Sampai dalam kul 7.30, walaupun aku masuk opis kul 8.
Cenggitulah sedikit sebanyak susah payah aku dan Cikin nak pergi balik kojer.
Comments
Post a Comment
ulasan