SINETRON SEBERANG...
Korang minat tak tengok sinetron. Antara yang bersepah-sepah sinetron tu mana yang korang suka?. Ni aku nak citer sikit dari pengamatan mata aku ciri-ciri cerita sinetron.
1. Cerita diorang kebanyakkan semua sama jer. Stereotaip.
2. Ada watak anak yatim yang kaya bersama bapanya yang sibuk berkerja di kantor. (biasanya anak perempuan) dan ibu tiri dan anaknya yang jahat macam setan tu (yang ni pun sama mak dan anak perempuan tiri gak). Pas tu diorang semua nie duk satu rumah yang sama. Adegan fitnah menfitnah, dera mendera, memang isi utama cerita diorang.
3. Cerita die si mak tiri ngan anaknya mesti berpakat sehati sejiwa merancang nak take over harta suami dan anak yatim tu. Dan Biasanya mak dan anak tiri yang jahat nie asalnya hidup miskin dan tak sedar diri. Watak heroin kebanyakannya plak baik dan mulia sangat tapi semuanya sama, bodoh.
4. Kalau cerita melayu 50 episod pun korang dah bosan, korang tengok citer sinetron indonesia, ada tu yang cecah lebih 100 episod. Itu pun tak nampak macam dah nak abis.
5. Kalau diorang nak gambarkan betapa suspennya babak tu dan terkejutnya pelakon tu, perasan tak camera diorang akan shot betul-betul kat muka pelakon tu dan zoom berulang kali. Kalau ada 10 pelakon masa babak tu, sepuluh-sepuluh diorang zoom kan. Dan setiap pelakon akan di zoom sekurang-kurangnya 4 kali secara bergilir-gilir. Kalau tak caya korang kira. Tu yang sampai 120 episod tu.
6. Cerita diorang biasanya menyakitkan hati. Nampak macam masalah utama dalam sinetron tu dah nak sattle kan. Dalam hati, ”’habislah orang jahat tu, rasanya inilah episod terakhir. Padan muka orang jahat tu!!!”. Korang memang silap. Ini kerana akan wujud nya satu watak baru dalam sinetron tersebut di kala cerita tu nampak macam hampir berakhir. Yang korang pun tak tau mana datangnya. Lepas je watak baru tu muncul diorang akan tulis....Bersambung..pas tu kuar lagu ost diorang. La la la.
7. Kalau korang tengah tengok drama dan ada ciri ciri di atas, sahlah anda sedang menonton sinetron.
Comments
Post a Comment
ulasan