Hantu Siling?


Gambar Contoh : camnie lah design rumah sewa aku dulu.

Aku ada terbaca satu thread nie..citer pasal ada dengar bunyi org tarik kerusi, main guli dan berdentam dentum kat atas siling dan macam2 bunyi pelik di atas siling.
Teringat plak aku zaman2 mula2 berumah tangga dulu di Apartment Impian Damansara Damai awal tahu 2009 hingga pertengahan 2010. Macam2 bunyi yang aku dengar kat atas siling rumah aku tu. Kebanyakannya sama cam kes diorang citer kat atas tue. Orang tarik kerusi lah, bunyi guli jatuh. Itu ok lagi, bayangkan bunyi seakan akan jarum jatuh atas lantai pun boleh dengar. Cam tak cayer jer. Ingat aku sorang jer alami perkara nie.


Bunyi orang seret kerusi@ perabot 
Tahap Bunyi : Kuat dan menyakitkan hati
Bunyi nie paling kerap aku dengar. Setiap malam. Macam orang tengah pindah rumah @ orang kemas rumah. Mustahil setiap malam alihkan perabot kan. Yang tak logiknya, dari siang sampai kul 3, 4 pagi pun masih seret kerusi. Banyak sangat ker perabot dia, atau atas rumah aku nie gudang perabot. Aku syak jiran atas akulah lah kan. Beberapa tindakan susulan telah diambil oleh aku seperti di bawah nie (ayat cam surat gomen plak) :

Solat berjemaah dan banyak m’baca al-quran

Rasa nak report polis . Tapi tak report lagilah.

Adu kat wakil penduduk. Diorang dah naik tapi tak der orang.

Kadang2 sambil tengok TV aku jerit kat orang atas,” woiii!!!  ko  boleh           tolong diam sket tak”.  

Last sekali , geram punya fasal , aku pun naiklah atas, ketuk pintu rumah         jiran atas. Ketuk punya ketuk. Takder saper pun keluar. Jenguk kat tepi             dapur dia. Pintu tutup, tapi kat luar dia banyak kotak2 lama. Macam             rumah yang dah lama tinggal. Ait, misteri nie. Baru tadi bunyi orang alihkan perabot punya kuat, aku naik atas ketuk pintu, tapi takder orang jawab. Sunyi plak tue.

Bunyi guli jatuh
Yang nie pun sama. Sampai ke subuh. Yang ni pun kerap, tak kira malam atau pun  siang. Bunyi slow tapi jelas.

Bunyi orang membasuh lantai menggunakan penyapu lidi.
Boleh faham tak?.. Sedetail itu aku boleh gambarkan. Yang nie sekali dua jer. Tapi yang peliknya pukul 5 pagi. Rajin tak jiran atas aku?

Pelik kan, Bunyi macam2, tapi bila ketuk takder siapa jawab.. Tapi malam lampu rumah bukak.  Selama setahun setengah aku duk kat situ , sampai aku dah pindah, aku tak tau siapa pun yang duduk kat rumah tu. Hantu ker orang. Kadang2 sampai aku dan wife aku terfikir, jiran atas aku nie proses dadah kot. Tapi dalam 3 rumah yang pernah aku sewa, rumah yang ‘berhantu’ nie tetap yang paling best. Sebab rumah nie, rumah pertama aku dan wife aku belajar berdikari (berumah tangga).. Dua rumah yang lain selepas itu, rumah bertingkat jugak, tapi Alhamdulillah takder bunyi2 yang pelik.

Apartment Impian Damansara Damai.Aku duk tingkat 2

Comments

Popular Posts