Temuduga SPA Penolong Pegawai Tadbir N27
Dokumen yang perlu dibawa :
1. Laporan Penilaian Prestasi- Minta kat HR
2. Kenyataan Perkhidmatan (Boleh Print dari SPA, Tapi taip balik lah, nampak cantik sket. Minta Ketua Jab. Sign)
3. Perakuan ketua Jabatan (Boleh print dari SPA, pas tu isi dan minta Ketua Jabatan sign.)
4. Kad. Pengenalan, Surat Beranak, Sijil SPM, Diploma dan lain-lain. Slip Gaji terakhir. Ikutlah camyang diorang nak.
Hari Interview
1.Sampai awal seeloknya setengah jam awal. Mungkin boleh dapat awal dan balik awal.
2.Serahkan slip panggilan temuduga kat kaunter.
3.Duduk
4.Nama dipanggil. Bawak segala dokumen berkaitan. Diorang akan bagi no. bilik dan no. giliran.
5.Masuk, letakkan semua dokumen berkaitan atas meja diorang, dan duduk.
Soalan2 nya..
1. Ceritakan latar belakang anda.
Nama, Umur, status kahwin, duk kat mana, kojer kat mana, hobi ker..apa2 lah.
2. Anda kata anda bertugas di Bahagian Kewangan kan .
Siapa ketua Perkhidmatan Anda?
Siapa nama ketua Pengarah JPA?
3. Apa tugas anda sekarang?
Soalan seterusnya dari panel adalah berkaitan apa yang kita dah ceritakan tadi kat diorang.
Nasib lah kalau citer bab waran. Diorang akan tanyalah bab waran, kalau gaji,
diorang akan tanya bab gaji. Yang ni penting. Cerita apa yang kita tahu sahaja dan jangan buat buat tahu.
4. Soalan seterusnya bab2 akauntabiliti korang.
Apa yang anda tau tentang Integriti?
Apa yang anda buat jika ada staff bawahan anda datang lewat.? Kalau dia lewat gak?
Tau tak peranan PPT N27 dalam sesuatu organisasi? Dapat tak gambaran tentang tugasan mereka?
Apakah yang anda buat untuk menunjukkan anda taat setia kepada Raja dan Negara?
Adakah anda seorang pekerja yang baik?
5. Masuk balik bab tugasan anda...dalam 1-2 soalan jer.
6. Soalan Biasa diorang. Kalau anda dapat dan ditugaskan di Sabah Sarawak . Sanggup tak?
6. Ok ada apa2 soalan nak tanya?
7. Terima kasih.
8. Doa banyak2, tawakal.
Comments
Post a Comment
ulasan