Port Dickson Plak...
Sblm aku malas nak menulis dan lupa apa yang aku nak tulis, baik aku tulis. Artikel kali ini bertemakan percutian dan pelancongan domestik (ayat macam pernah bercuti kat overc jer kan). Apa nak buat, lum ada rekzi nak ker over c.
Trip kali nie ke Port Dickson. Plan asal bercuti ke Penang. Disebabkan kesuntukan masa. Hujung November plak baru plan nak bercuti. Dahlah tu, time yang semua free dalam 25-28 Dec 2013 jer. Time tu kena plak cuti sekolah n Krismas. Memang tak lah kalau nak gi Penang kan. Ha inilah hasilnya. Hotel Ancasa All Suites Resort n Spa Port Dickson. 2Day 1 malam jer. 26 hingga 27 Disember 2013.
Ni kali pertama aku check in kat hotel nie. Hotel apa nie?? tak pernah dengar pun. Kebetulan jumpa masa menggoogle. Try review kat Agoda. Bleh tahan gak. Jenis apartment. Ada jenis 2 bilik n 3 bilik.
3 Bedroom Garden View (per night) MYR 334.48
(1 night for MYR 334.48)
Breakfast Included
|
Apalagi kitorang pun sambar lah satu yang jenis 3 Bedroom. Toilet ada 2. Satu dalam master bedroom dan satu lagi kat luar. Dapur pun ada. Apartment besar. Walaupuan 3 bedroom tapi kitorang sumbat sampai 4 family. Cuma part perabot dia agak ketinggalan zaman lah (usang) . TV pun masih pakai TV zaman 90an yang besar tu. Apapun oklah untuk wat tido, rehat2 n salin pakaian.
Kitorang sampai kul 1.00 +++ kot. Terawal plak. Itu pun dah lepak lama kat R&R Seremban. Check in plak kul 3pm. Memang terbaek lah kan. Nak tunggu lagi 2 jam. Disebabkan sampai awal, tak bleh nak check in lagi. So, dari buang masa, baik bawak anak2 gi terjun swimming pool dulu. Lain macam plak swimming pool kat sini. Sejuk semacam tak macam kat tempat lain. Suam2 jer.
Kesian..Check in lambat lagi. Umar dah check in atas meja dulu,.basah2 pun bleh tido. |
view swimming pool dari balkoni . |
Coz ada bilik yang mana katil @ almari cermin dalam bilik terlalu hampir dengan tingkap. Dan tingkap kat apartment nie plak jenis yang mudah dibuka. . Tapi apa yang best kat sini, apartment nie dekat jer ngan pantai. Memang tujuan utama gi PD nie nak ke pantai pun.
Comments
Post a Comment
ulasan