Daftar Sekolah Tahun Satu 2016
Alhamdullillah, selesai dah daftarkan anak ke tahun 1 sesi 2016.. Baru semalam gi my x sekolah, SK Bukit Kapar Klang. Memori tul sekolah nie, rindu zaman2 sekolah dulu. Walaupun dah banyak berubah.
Kebetulan masa aku turun tangga sekolah, aku baru terperasan satu plak perasmian sekolah. Rupanya sekolah aku dulu nie, dirasmikan bekas PM kita Tun Dr. Mahathir Muhamad pada 1975. Masa tu Tun adalah Menteri Pelajaran. Selama aku duk 6 tahun kat sini dulu, tak nampak pulak plak nie, Nie mesti diorang simpan dalam pejabat. Lagipun masa tu budak2, mana nak ambik tau sangat. Yang aku tau sabtu ahad mesti sekolah cuti.
Ehemm!!..Berbalik cerita asal tadi. Aku pun sebenarnya tak perasan pun yang pendaftaran tahun 1 2016 perlu daftar tahun nie, nasib baik ada geng story kat facebook ari tu, yang tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 April 2014. Aku ingat tahun depan. Maklumlah nak sekolah lambat lagi, 2016 nanti, Tu yang tak ambil port tu. Ish2!!..Nasib sempat, kalau lambat kena gi buat rayuan. Terus masuk website Jab. Pelajaran Selangor dan daftar online. Tapi kena gi sekolah gak pas tue, coz sekolah nak buat perakuan pendaftaran. Bawak borang dan salinan dokumen2 yang diperlukan macam yang diorang minta dalam senarai semak borang online tu. Selesai sudah. Dapat tak dapat tu, tunggu keputusannya pada 30.8.2015 nanti (diorang ada cop pengesahan kat belakang sijil lahir anak kita). Parent kena datang ke sekolah balik time tu untuk semak dan perakuan pendaftaran semula.
Prasekolah….
Alang2 dah datang sekolah, aku minta sekali borang untuk daftar Prasekolah tahun 2015 nanti. Untuk Pra Sekolah tutup pada bulan Ogos 2014 ni. Harap2 dapat lah tahun depan, coz untuk sesi tahun ni tak dapat. Tapi masuk Tabika KEMAS pun dah ok gak, banyak kemajuan. Tak kisah lah mana2 pun yang penting semangat budak tu nak kesekolah tu ada.
Comments
Post a Comment
ulasan