Jom bersangka baik...



Satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yg
boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Kadang bila kita tengok satu sitiuasi ada parents bawak baby naik moto. Hujan plak tu.”Kesian nya.Tak patut lah mak ayah dia.Tak kesian kat anak dia ker?. Lagipun bahaya tul bawak anak kecil naik moto macam tue”

Bersangkalah baik, mungkin moto sahaja yang mereka ada untuk bawak anak mereka. Mungkin bayi kecil itu demam dan perlu segera di bawa ke klinik. Bagi aku semua orang sayangkan anak. Semua parents nak bagi yang terbaik untuk family mereka. Bagi aku tiada siapa yang “bodoh” bab duit nie. Mereka tak perlu diajar bagaimana memberi keselesaan dan pelindungan untuk family (Jika ada duit). Semua orang tau betapa pentingnnya rumah yang selesa, kereta besar, insurans, ‘klinik pakar’ @ klinik swasta. 

Penjual insurans pula umpama seorang promoter jualan kereta menerangkan betapa bagusnya sebuah Ferrari kepada seorang pelanggan yang hanya mampu membeli kancil. “Jurujual kereta Ferrari : Bagus tau encik kereta nie, laju, stabil, cantik pun cantik. Pelanggan :  Kau tak yah cerita pun aku tahu Ferrari tu bagus. Kalau aku kaya, dah lama aku beli Ferrari. Tak yah nak ajar aku”. (Cakap dalam hati jer. Malas nak layan).

Dalam dunia nie, siapa yang tak nak kaya kan.
Nak rumah banglo besar, walaupun hanya mampu rumah flat kos rendah.
Nak beli rumah sendiri, walaupun hanya mampu menyewa selamanya.
Nak kereta Ferrari walaupun Cuma kancil yang mampu dibeli.
Nak gi Hospital Pakar walaupun Cuma terseliuh tangan.
Bagi aku bab duit, tak perlu diajar.

Ni lagi satu..Kalau sakit plak...
A : Eh anak kau demam nie. Kau dah bawak ke klinik ke ? Ko gi klinik mana?
B : Hospital kerajaan /Klinik kesihatan kerajaan jer.
A:  Lah, nape kau tak hantar anak ko ke KPJ ke HJMC ke?. Kat sana ramai tau pakar. Service pun cepat dan          bagus.
B :Tau, tapi mana aku mampu wei.
A: Ko ini, kesihatan anak ko tu  kan lebih penting.
B : ……… ????? Saborjelah..


Comments

Popular Posts