Payung Petronas
PETRONAS Brands Maaf di atas kesulitan. Kami amat terharu dengan sambutan yang menggalakan, dan kami sedang berusaha untuk menambah stok payung di stesen-stesen PETRONAS dengan segera. Namun, promosi masih berlandaskan sehingga stok masih ada. Diharapkan anda terus mencuba dalam minggu ini, sekali lagi, maaf di atas kesulitan.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Mesralink di talian 1300 88 8181.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Mesralink di talian 1300 88 8181.
Sumber : Dari Admin FB Petronas Brands..
Terpikir plak tetiba tadi nak jengok FB Petronas..
Aku ingat takder orang kisah tak dapat payung..hakikatnya..
Kesian,…. FB Petronas kena serang ngan orang-orang yang menuntut payung..Salah korang jugak. Aku ingat aku sorang jer tak dapat tuntut payung tue, rupenya ramai dah mengamuk kat FB tu. Apa sahaja post Admin Petronas tu, semua komen fasal payung. Komen langsung takder kena mengena ngan posting diorang.
Bukan kat FB jer, kat kaunter pun ada yang mengamuk marahkan staff Petronas, coz payung tak dapat.. Dah diorang janji kan..Nak lah tuntut jugak..Tapi tak perlu lah sampai nak mengamuk..payung jer pun..Baru sempat tanya kat 2 stesen.. Dua2 stesen kata payung habis stock. Pas tu dah malas nak tanya dah..Aku tak kisah sebab tak dapat payung tapi tak puas hati coz ada staf diorang (Stesen Petronas) yang takder budi Bahasa.
Adalah satu stesen minyak tu. Petronas Sebelah Klang Sentral.. Tinggal satu cop jer nak dapat payung. Aku pun isi lah RM20.00 coz nak dapat kan last cop tu.. Masa bayar tu aku hulurlah kad penebusan tu minta cop n nak tebus payung. Staf petronas tu (Lelaki) arahkan aku isi minyak dulu..Coz dia kata nak SEMAK aku punya resit. Pas isi aku pun datang balik. Mintak resit + cop + payung. Dia dengan selamba cop kad tu n bagi balik kad tu kat aku tanpa cakap apa2. Pas tu selamber jer borak ngan kawan sebelah dia . Terpinga2 pinga gak lah aku kat kaunter tue.... Aku plak yang kena Tanya.
Aku : “ Dik, so camner nie..tak boleh tebus ke nie?
Staff Petronas : “ Stock habis”
…krik…krik…
Cam tue jer. Mintak maaf pun tak..Tadi suruh aku isi minyak dululah, cakap nak semak resit dululah. Dia punya arahan cam payung tu ada stok jer.. mintak maaf pun tidak..
Kan boleh je cakap, time aku bayar tadi n masa aku hulurkan kad nak cop “ MAAF bang, payung dah habis stok. Susah ke?..Bukan nak salahkan n marah kat diorang pun. Coz diorang pun cuma kerja n ikut arahan atasan jer. Tapi..yang membezakan seseorang adalah budi Bahasa. Orang bawah yang ada budi Bahasa lebih tinggi nilainya dari orang atas yang takda budi Bahasa. Faham tak…?
Moral of the story...kalau nak buat apa2 , prepare betul2..stock kasi cukup..Dia punya Promosi payung cam nak bagi hadiah sebiji Audi. Dari yang aku baca kat FB, diorang kata setiap Stesen Petronas cuma dibekalkan 10-20 payung sahaja.. Aiyak..Kalau fikir betul2 memang tak logiklah lah kan.. Memang ada terma dan syarat selagi stock masih ada..Tapi masalahnya customer tak tau pun stock masih ada atau tidak.. Yang diorang tau, tempoh penebusan masih valid dan promosi masih dijalankan.
Lain kali tulis lah kat stesen minyak tu. Tampal besar2, WOI STOCK PAYUNG DAH HABIS !!. Ini dah lah tak tulis, kad penebusan masih edar, poster promosi masih tampal..Diorang dah tau stock dah takder tapi masih buat promosi..
Lain kali kan PETRONAS, kalau bajet CIPUT tapi still nak wat 'kebajikan'..Buat terma tambahan cam nie.
* TERHAD UNTUK 1000 PELANGGAN PERTAMA YANG MEMBUAT PENEBUSAN SAHAJA.
(SIAPA CEPAT DIA DAPAT).
Comments
Post a Comment
ulasan