RiAK Tanpa Sedar...
1. “Baru selesai shopping raya..dapat nie jer..he he” .Sambil post gambar +
beg2 shopping + depan Pavillion KL.
Gambar Hiasan.... |
2. “Hadiah dari en hubby sempena bufday.. thanks hubby..”
Sambil Post.. gambar kotak Tomei ..
3. “Alhamdulillah anak dapat no.1”
Post gambar slip exam
4.“ Dinner with hubby kat Menara KL” -Selfie
5. “Inilah menu untuk hari nie". - Post gambar masak..
6. Post gambar anak sendiri pegang penyapu tak pon sidai baju dengan status..
“Aii budak nie,,,sibuk nak tolong mama dia”..
Rupanya dalam tak sedar post2 macam nie mendatangkan riak pada diri sendiri, coz didalamnya ada sifat bangga. Sikit lah kan. Sebab tu disebut riak tanpa sedar. Walaupun tahu niat asal memang takder niat nak menunjuk2. Nampak tak. Kena sentiasa berfikiran positif.
Samelah cam aku nie, post gambar2 kat blog bercuti lah, makan2. Tapi niat aku just nak share pengalaman je n bagi idea kepada sesiapa yang baca. Contonya post gambar bercuti. . Coz aku pun suka baca blog orang lain. Contohnya nak gi bercuti. Aku lebih suka baca blog orang lain dari baca review kat web agen cam Agoda atau Asiarooms. Baca pengalaman diorang bercuti kat tempat tu. Tak peduli pun diorang pergi bercuti atas sebab apa, ngan siapa. Nak posing gambar camner. Aku cuma nak tau penilaian diorang . Tempat tu best ke tak, camner nak gi sana. Coz ulasan dari blog2 orang nampak lebih ikhlas compare baca review kat Agoda @ Asiarooms ke..
Nampak tak, ayat cam nak backup diri sendiri jer... Sendiri pun buat cakap orang lain kan. Ialah manusia mana yang tak buat silap yer tak.. Yang dah past tense tu biarkanlah. Minta ampun dari Allah. Cuma nak ingatkan diri sendiri.
Akhir sekali cuma nak share.. cer baca petikan yang diambil dari Utusan Online nie..Tajuk sebenarnya berkaitan selfie. Tapi ada kena mengena gak lah. . Ok tu jer…Ngongeng ngongeng jugak Ya ustat..(pengaruh tv) he he..
Hukum 'selfie' harus, dilarang riak kongsi gambar kemewahan
Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal 'selfie' adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan.Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus.
Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang 'selfie' mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.
"Apabila 'selfie' sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak 'selfie' maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia," katanya kepada Bernama.
Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, Dr Muhammad Lukman berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi.
"Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
Pada masa sama, beliau berpendapat perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya.
NIAT IKHLAS
Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya 'selfie' perlu dilihat daripada sudut positif.
"Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika 'selfie' maka itu antara dia dengan Allah S.W.T., bagi saya ia tidak dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan.
"Mungkin dengan cara 'selfie' di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan," katanya. - BERNAMA
Sumber : Utusan Online / ARKIB : 02/07/2014
Comments
Post a Comment
ulasan