Duit Hilang dalam Akaun Bank Islam
Baru-baru nie mak aku hilang duit kat RM800.00 dalam akaun Bank Islam. Dari yang mak aku story, memang dia tak ada bagi sesiapa kad tu, n share no pin. Aku pun confius gak, maybe terlupa memang ada buat pengeluaran ker. Mak aku yakin memang tak der.
Aku pun sebenarnya takderlah pengalaman hilang duit kat Bank nie. Selama aku simpan kat bank rimau / CIMB / RHB ni ok jer. Pas tu aku try lah google, kes hilang duit kat Bank Islam. Memang dah ada kes yang sama macam nie. Dari cerita kenalan2 mak aku pun diorang ada kes yang sama. Tak tau lah aku salah siapa. Bank ke penyangak kat luar tu. Nak kata penyagak luar pun boleh jadi gak, coz memang banyak kes. Nak kata orang dalam pun posible gak. Macam kes akaun mangsa MH17. Kedua-duanya boleh jadi. Ntahlah sebab siasatan pun belum dijalankan.
So aku call lah bank Islam. Tapi tak berjawab. Cuma last sekali dia mintak tinggalkan no fon untuk dia call balik. Dalam 3 hari pas tu baru diorang call balik. So aku pun story lah kat pegawai bank TU. N diorang memang suruh wat report polis dulu. Bank kata maybe ada antara kami adik beradik yang keluarkan n terlupa. Aku kata, setakat nie confirm memang tak ader. Mungkin juga ada sindiket yang keluarkan?. Pegawai tu jawab, selama saya kerja nie tak pernah pulak ada kes macam nie. Aku pun apa lagi, story lah kat dia, yang aku ada terbaca tentang komplen2 tentang kes yang sama sebelum nie n citer2 dari kenalan yang terdekat yang pernah hilang duti kat Bank Islam nie jugak. Takkan semuanya kebetulan. Pegawai tu tak ulas pun n bagi tau takper nanti encik wat report polis dulu. Lagi satu Pegawai bank kata kalau duit tu hilang melalui pengeluaran ATM, pihak bank tidak akan bertanggung jawab. Aiya, manyak rugi ooo.
So, dalam masa yang sama mak aku pun ke bank lagi, buat report kat bank. Pihak Bank islam melalui bank statement ada buat semakan dan maklumkan ada pengeluaran melalui ATM pada tarikh sekian-sekian. Apalagi CCTV la. Tapi tak boleh tengok cam tue jer. Ada prosuder nya. Bank Islam bagi satu borang untuk diisi dan selepas itu dapatkan report polis. Submit balik borang tu berserta laoran polis. Dalam 2, 3 hari bank akan call untuk datang ke bank untuk melihat rakaman CCTV bersama polis dan pihak bank. Satu lagi, diorang ada bagitau jugak, nanti polis akan datang n soal siasat ahli keluarga terdekat dahulu, sebagai salah satu prosedur diorang. Tak tau lah betul tak nie. Tapi kalau betul pun, bagi aku tak perlu kot nak soal siasat. Membazir masa. Kalau dah tau tarikh n waktu duit tu hilang n ada CCTV ATM, so, tengok jerlah CCTV yer tak. So wat masa nie cuma boleh wat report n tengok CCTV tu jer. Duit memang dah anggap burn jer lah..takder harapan.
Comments
Post a Comment
ulasan