'DICIUM' TEBUAN...
Sekadar gambar hiasan.. |
Alamak, anak kena gigit tebuan plak. Kul 12.30 tengah 16.10.2014 hari tu, wife kol kata taska ada call bagitau anak kena sengat tebuan. Panik + confius jap, mana plak datang tebuan dalam taska?. Aku panic coz tak tau jenis tebuan yang sengat dia n tak tau keadaan sebenar anak time tu. Terus mintak half day kat bos. Apa2 hal balik dulu. Family first. Orang kata, kalau disengat tebuan jangan ambil mudah. Kena plak kat budak yang umur 1 tahun ++ nie.
Sebelum tu, sempat call mak kat rumah, mintak tolong ambik dulu anak kat taska n bawak ke klinik sebelum aku sampai rumah. Aku pun tak tau kenapa diorang (taska) tak nak tolong bawakkan anak aku ke klinik dulu. Tapi diorang kata diorang dah keluakan sengatan tu n letak minyak. Raykarl pun ok dah tak nangis. Cuma lebam kat tempat digigit. Apa pun thanks coz bagitau.
Sampai2 terus gi rumah mak, coz mak aku dah ambik. Tapi tak sempat bawak klinik coz klinik wat masa nie rehat. Klinik kat tempat aku memang camnie. Time rehat dia pun rehat. Takder dokter ganti. Maklumlah klinik Kg.
Aii, konfius gak aku nie, Aku tengok Raykarl ok jer. Kan main lasak lagi dia main kat umah mak aku. Macam takder apa2. Aku bawak gaklah ke klinik. Coz kesan sengatan nie bukan terus Nampak. Luaran maybe ok, tapi dalam tak tau. Dokter tak bagi apa2 ubat pun. Tapi dokter minta aku refer anak ke hospital, untuk pemeriksaan lebih lanjut. Terus ke PPUM. Dokter kat PPUM kata setakat nie ok, takder tanda2 yang boleh menyebabkan ditahan di wad. Cuma dokter nasihatkan monitor anak dalam tempoh 24 jam. Kalau ada tanda sesak nafas, bengkak kat dalam tekak, bengkak tempat gigitan semakin membesar, demam ke atau nampak tak berapa sihat terus bawak ke klinik/hospital semula. Malam tu dia ok jer, Cuma tak boleh nak sentuh tempat bengkak tu. Time dia tido tu adalah sapu minyak dan cuba beberapa petua yang aku baca.
Soknya, hantar gak ke taska, coz pagi tu dia nampak dah ok. Cuma pesan kat cikgu taska tu mintak tolong pantau perkembangan kesihatan dia. Masa hantar tu sempatlah baca rekod aktiviti semalam kat taska tue. Aktiviti “ mengenal pokok dan bunga”(lebih kurang camtulah). Ohhh, patutlah. Konfius gak semalam, camner tebuan tu boleh masuk taska. Rupanya semalam ada outdoor aktiviti. Raykarl plak memang jenis yang noty sket n lasak. Semua benda dia nak kutip. Ulat gonggok kat rumah tu pun selamber jer dia pegang. Kalau abang dia, ulat tu letak depan pintu, terus tak berani kuar rumah. Jangan kata ulat, kucing pun abang dia takut. So fa, Alhamdulillah setakat nie semua dah ok.
Nampak tak, muka budak yang lasak blah kiri tu... |
Comments
Post a Comment
ulasan