Nahas Air Asia Indonesia QZ8501 28 Disember 2014



Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501



TERKINI 30 DISEMBER 2014, 18:00 JAM, WAKTU TEMPATAN (GMT+7)
SURABAYA, 30 DISEMBER 2014 – AirAsia Indonesia dengan dukacitanya memaklumkan bahawa Badan SAR Nasional Republik Indonesia (BASARNAS) telah mengesahkan puing yang ditemui awal hari ini ialah daripada QZ8501, penerbangan yang telah terputus hubungan dengan pengawal trafik udara pada pagi 28 Disember 2014.

Pesawat tersebut merupakan sebuah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Terdapat 155 penumpang dalam penerbangan, di mana 137 adalah penumpang dewasa, 17 kanak-kanak dan 1 bayi. Turut berada dalam penerbangan adalah 2 juruterbang, 4 anak kapal dan seorang jurutera.
Sumber : website AirAsia..
Takziah kepada semua keluarga penumpang dan krew pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 di atas kehilangan ahli keluarga mereka dalam nahas tersebut. Tragedi awal pagi 28 Disember 2014 ini memang amat mengejutkan, Memandangkan ini adalah  nahas pesawat ke3 tahun ini setelah Kehilangan MH370 pada Mac 2014 dan MH17 pada Julai 2014 milik syarikat penerbangan negara kita MAS. 

Walaupun ianya AirAsia Indonesia, tapi nahas ini secara tidak langsung berkaitan rapat dengan negara kita memandangkan AirAsia adalah milik syarikat dari Malaysia.  Dan secara tidak langsung, ini boleh dikira sebagai nahas udara ke3 buat negara kita sepanjang 2014 ini.

Semoga kerja-kerja mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan sehingga kini lancar dan dipermudahkan..

Comments

Popular Posts