Kat PD nie ada dua hotel yang namanya Avillion. Yang aku pergi nie Avillion Admiral Cove (AAC) dan yang satu lagi Avillion Port Dickson (Resort/ Bilik atas air tue). AAC nie dekat ngan Hospital Port Dickson. Hotel nie, kalau aku tengok 4 star. Tapi aku bagi 3 star jer lah. Coz ada jer hotel 3 bintang lebih baik dari hotel nie..Aku booking by Booking. com.
Sampai2 jer dah spoil..Nak check in punyelah lama. Kaunter ada 2 jer..Orang dah lah ramai, bila beratur penuh satu lobi tu. Yang nak lalu lalang ke lif, swimming pool, parking semua kat situ. Pas tu kena plak bilik tingkat 8. Lif ada 2 ketul jer. Ni kalau emergency masak nie.
|
NOTA : Iron, Hair dryer, sejadah, peti keselamatan disediakan..Wi-fi takder. Tapi ada port untuk internet kat bilik tu, maybe kena mintak cable internet kat diorang kot. |
|
Tak tunggu lama, terus turun rasmi swimming pool... |
|
Takut rupanya...kalau kat rumah nie, dialah paling hero. Kalau mandi tak paksa keluar memang tak mau keluar.Tapi kat sini..??? Confius..baru kaki cecah air dah menjerit.. |
|
|
Swimming pool kat sini agak kecil, walaupun untuk yang dewasa..Tempat duduk pun tak banyak..Lokasi plak tak sesuai. Tempat lalu lalang nak ke tempat makan, seminar. |
|
Yang kiri tu untuk dewasa dan yang kanan untuk kanak2..Tapi kat kiri swimming pool dewasa tu ada satu lagi swimming pool untuk kanak2.. |
|
Laluan ke dewan makan, swimming pool, bilik mesyuarat dll... |
|
Lepak kat sini ngadap laut n layan kapal2 persiaran. |
Ke pantai pulak..
vv
|
Signboard ke Pantai.. |
|
Agak jauh gak lah nak menapak ke pantai...Laluan ke pantai dari hotel. Adalah kat 200 meter kot. |
|
Pintu masuk ke Pantai. Pantai kat Avillion Admiral nie privacy sket..Siap ada security guard lagi kat pintu masuk. So memang tak ada orang luar pun..Baru aman sket bercuti..Tapi penat lah nak menapak ke pantai.
|
|
Ni lah antara sebab pantai nie no access coz kat pantai nie dah siap padang volleyball dan bola sepak pantai untuk tetamu Avillion.. |
|
Kalau sesiapa nak tau info aktiviti n harga boleh tengok kat tembok nie..Kalau tengok kat atas nie Beach Soccer and Beach Volleyball FOC... |
|
Aktiviti memanah pun ada.. |
|
Baik jer kan, duk atas pangku mama dia..nak tau nape?..Dia tak mau pun pijak pasir tu..Kalau letak atas pasir, langsung tak bergerak pas tu mintak tolong suruh angkat..Itu time baru sampai lah. Dah dua tiga kali letak terus merayap.. |
|
Nampak tak..tadi tak berani.. |
|
Nun jauh kat sana tu, hotel The Regency.. So sesiapa nak main banana bot, jet ski bleh pergi kat sana..coz kat pantai private Avillion ni tak nampak pun ada sebarang aktiviti sukan air. Hanya sukan pantai jerk..Tapi ada gak yang buat aktiviti Team Building kat pantai Avillion nie mcm buat rakit guna buluh + pelampung. Kalau tak silap kayak pun ada. |
Makan malam...
v
v
|
Malam tu makan kat Nasreen Seafood. Ni kali kedua makan kat situ. Kali pertama makan ngan kawan tahun lepas. Antara satu sebab makan kat sini, senang nak parking. Cam takder kaitan jer..Makanan dia pun puas hati..Cuma lambat sket. Biasalah ramai orang..Itu pun nasib baik coz order yg biasa2 jer, nasi putih + tomyam + telur bungkus + udang goreng tepung + Pulut Mangga. Pulut Mangga yang special tu..Restoran nie lokasi dia lebih kurang 500 meter dari Balai Polis Port Dickson. Kalau kuar dari Avillion nie ke kanan.Kitorang memang tak boleh nak order2 yang masak dua tiga rasa tu, kalau bawak budak2 kecik macam nie. Raykarl plak jenis yang cepat bosan. Nak menunggu yang biasa2 tu pun dah bersilat ngan Raykarl. |
|
Sib baik air sampai cepat... |
|
Last order..Pulut Mangga..Dah lama bini aku ngidam menatang nie.. Alng2 jumpa, terus aku order. Itu pun x sengaja. Ondaway antor anak ke Toilet nampak plak gerai (gerai dalam restoran nie gak) rojak buah, pulut mangga. Terus order.. Punyelah sedap sampai wife request, jom esok kita singgah kedai tu, manalah tau bukak waktu siang, nak beli lagi pulut mangga.. Manalah bukak kedai camnie siang2 kan.. |
|
Breakfest dulu sebelum ke pantai..Ini tempat duduk blah luar..open n ngadap jeti...view cantik. Nak duk luar boleh, tapi diorang tak sediakan pinggan n sudu atas meja..Kalau yang kat dalam dah penuh baru diorang sediakan kelengkapan kat meja luar nie.. |
|
Makan kat dalam lagi senang..Turun awal jam 7.30..cuma baru ada 3 tetamu dalam nie.. |
|
Last aktiviti..Standby..sebelum nak pantai semula.. |
|
Nangis coz tak mau mama dia letakkan dia dalam air..Kali nie memang raykarl langsung tak mau main air.. |
|
Abang dia nie memang pantang jumpa air.. |
|
Sekadar gambar hiasan.. |
|
Lepak2 kat tepi nie memang best... kalau waktu malam pun ramai orang kat sini. |
|
Masa untuk balik..
Hotel nie, biasa2 jer.. Sesuai lah untuk yang nak buat family day. Coz banyak aktiviti yang diorang sediakan. Dalaman hotel cam kecik jer lah. Lobby pun ciput. Kalau time nak check in/out tu memang penuh lobby tu dengan orang. Sebab tu aku check out awal. 11.30 dah check out..
Lobby tu jadi sempit coz kat situ lah tempat nak beratur untuk check in/out, access ke lif, bilik, swimming pool, bilik seminar..Untuk luaran, kawasan nie memang agak luas. Banyak kawasan lapang untuk aktiviti berkumpulan. |
Ondaway balik....
v
v
Muzium Tentera...jom layan gambar2 nie..
|
Walaupun dah banyak kali lalu depan nie, tak pernah pun rasa nak singgah..Lagipun lepas nie kitorang dah tak ada apa2 plan..Rumah pun dekat, kat Klang jer..Ala 2 jam jer sampai.. (kalau tak jem lah). Singgah lah jap kan..Bawak anak2. |
SELESAI...
Comments
Post a Comment
ulasan