Rotan Anak Satu Jenayah.??
SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Sumber : Utusan Online..
Isu ni dah jadi viral dan tak kurang juga jadi bahan lawak baru2 ini. Cukup-cukuplah buat kenyataan mengarut. Dah macam takder benda lain nak pikir.. Mesti yang kat luar sana pikir, kalau macam nie aku pun bleh jadi Menteri.
Ok sambung (nada serius) : Katanya lagi, ia disebabkan negara kita telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Tak perlulah ikut sangat undang2 orang putih tu. Anak-anak depa bukan baguih mana pun. Dalam islam pun tak melarang ibu bapa merotan anak2 mereka dengan syarat merotan untuk mendidik dan ada cara merotannya..
Setakat nie pun, aku tak pernah lah pulak dengar kes ibu ayah rotan anak sampai mati kat Malaysia nie??..Orang kalau nak dera anak, dia dera jer. Tak guna rotan der, diorang guna kaki jer..
Lagi satu, akta baru nie aku tengok lebih mendatangkan kesan negatif.. Dikhuatiri anak-anak dah tak boleh ditegur dan akan timbul budaya anak saman ibu bapa. Mungkin dalam jangka panjang juga akta baru ini boleh menjejaskan industri kecil pembuatan rotan..ha ha..acah jer..
Oklah, disebabkan rotan tak boleh nak jual, aku jual pantun plak..
Cikgu sekolah rotan anak, mak ayah saman cikgu,
mak ayah rotan anak, Anak korang plak saman lu.
Moral of the story..tanya dulu anak ko, kenapa cikgu rotan..Jangan main saman jer cikgu tu..
Comments
Post a Comment
ulasan