Lost World of Tambun 2015




Ondaway balik kampung cuti Thaipusam dan Hari wilayah hari tu singgah jap satu malam kat Lost World of Tambun Perak. Lama tak datang sini. Seingat aku, aku ngan wife ke sini tahun 2007 dulu. Itu pun sebab ada family day..

Masa tu tak banyak yang ada kat sini..Cer tengok gambar kat bawah tu (Cilok dari blog orang lain)..Gambar lama tu ada tapi malas nak scan..
Tak tahu tahun berapa gambar diorang nie. Tapi lebih kurang camnielah Lost World time aku datang tahun 2007 dulu..Panas jer tempat nie dulu, pokok2 pun baru nak naik..Kolam adalah 2 3 ketul. Takder pun time tu rasa teringin n datang lagi..
Sekarang tengok...Meriah..Sampai x larat nak jalan dah.


Harga hotel adalah termasuk breakfast di Garden Terrace + Hot Spring + 10% diskaun untuk masuk ke Lost World of Tambun..Kupon breakfast nie untuk 2 orang jer.. Try tanya kat kaunter time check in hotel. Kanak2 camner umur dalam 6 tahun?. Biasanya diorang akan cas lain untuk breakfast tu nanti. Alhamdulillah, masa breakfast tu, brader tu kater takper boleh masuk jer..time kasih.
Parking Hotel blah belakang..Depan pun ada, tapi dah penuh..
Sarapan pagi untuk yang menginap di Lost World Hotel adalah di Garden Terrace yang terletak di blah kanan pintu masuk (Pintu gerbang) Lost World nie..Menapak lah gak untuk sarapan pagi..Ada indoor dan ada outdoor..

Tetiba plak Raykarl demam n sesak nafas malam tadi...Pagi tu lepas sarapan bawak gi klinik dulu..Alhamdulillah, lepas ambil gas + ubat ok dah..

Pintu masuk..
Raykarl cam biase..x suka main air..


Aktiviti Pertama : Mandi.


\

Aktiviti lepas mandi-manda..Tengok rimau, main roller coster, 
gi masuk gua, rumah hantu (lalu jer x masuk pun)..

Jalan-jalan keringkan baju..Kat area belakang nie memang sejuk coz dikelilingi bukit..Baju plak basah lagi coz baru lepas berendam..menggigil gaklah budak2 tu.





Dah tak larat nak jalan dah..Tunggu turn..Train Adventures Express ni akan bawak keliling Lost World dan akan berhenti kat point2 dia. Siapa nak turun boleh turun. Sape yang larat baik jalan kaki, bleh ambik gambar kat petting zoo..





Layan angin..Mood nak tido dah tue..


Makan kat Lost Worl nie oklah..Harga pun ok..Makan siap2 coz malas nak singgah ondaway balik kampung nanti..Boleh try mee gorang mamak, rojak n ABC kat sini. Bleh tahan sedap..Jangan try ayam goreng dia..ciput gile..Kuar jam 2.00 petang, terus ke Sg Petani Kedah.






Comments

Popular Posts