POLITIK OFIS
Pantang
melihat kejayaan rakan sekerja yang lain, awal-awal dia sudah cucuk jarum.
Politik pejabat sinonim dengan bergosip dan sabotaj. Yang pasti, anda mempunyai
pilihan untuk terbabit atau tidak dengan politik pejabat. Percaya atau tidak,
politik pejabat mirip kepada permainan. Malangnya, tidak ada cara ajaib untuk
menghapuskan suasana politik pejabat yang kotor. Namun masih ada cara untuk
meminimumkan politik pejabat itu atau meringankan pembabitan tidak langsung
anda.
Memang
tak seronok jika setiap hari menghadap muka mereka yang bijak mengatur
permainan politik ini. Kalau diberi pilihan, sudah tentu kita hendak bekerja
dengan rasa aman damai tanpa gangguan negatif yang boleh menyebabkan kerja
menjadi tidak produktif.Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik
pejabat di tempat anda?
Elakkan
kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang
perlakuan tidak diingini. Jika anda tersilap langkah, ini akan mengundang
risiko ke atas diri anda, tambahan pula ada yang mempunyai ‘kabel’ besar dengan
majikan. Jika ada yang cuba untuk membalas dendam atau sebagainya, cubalah
dapatkan bantuan daripada pihak yang anda benar-benar percaya saja.
2.
Berjumpa pengurusan
Berjumpa
pihak pengurusan atau bahagian Sumber Manusia. Pilihan ini mempunyai beberapa
keterbatasan, terutama jika rakan kerja yang terbabit mendapat sokongan
daripada majikannya. Jika anda mempunyai bukti yang anda dianiaya, jangan
keberatan untuk bertemu pihak pengurusan.
3.
Jangan hipokrit
Kita
mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah politik pejabat 100 peratus,
tapi itu tidak bermakna kita harus terikut-ikut seperti mereka. Kita kena
pandai untuk tidak melayan mereka yang bergosip kotor dan menikam orang dari
belakang. Mungkin kita kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak
menyenangkan tapi kita harus menapis mana baik dan mana buruk.
4.
Tabah
Terus
terang, kita mesti tidak senang hati sekiranya sering dikhianati tetapi kita
harus tabah untuk menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut
terganggu. Sememangnya, mereka yang terbabit dengan politik pejabat mempunyai
pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain. Tujuan mereka adalah untuk
menjatuhkan kita, jadi jangan biarkan mereka menang. Berdiri teguh ketika berhadapan
dengan politik pejabat yang direka untuk menyakiti kita.
5.
Kawal musuh dengan baik
Kalau
tidak ada musuh jangan cari musuh. Ada pepatah menyatakan, hanya satu alasan
mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda iaitu anda sendiri. Musuh
kita adalah sahabat kita kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita. Kenal
pasti siapa menjadi musuh anda dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka
ini adalah orang yang tidak suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana
kekuatan itu datang? Jawatan mereka? Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa
sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang dikatakan penting di pejabat
anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri. Anda juga perlu mengkaji kelemahan
musuh anda dan menggunakan kelemahan mereka untuk menjadi benteng anda.
6.
Anggap politik pejabat adalah normal
Jangan
dikusutkan sangat kepala dengan masalah birokrasi, gosip liar dan sebagainya.
Mereka yang terbabit dengan politik pejabat ini sebenarnya manusia biasa juga.
Mungkin tabiat dari luar yang dibawa ke pejabat yang menyebabkan suasana
pejabat tidak mesra. Umpat-mengumpat, menjatuhkan orang lain, bodek-membodek
dan ada kumpulan sendiri adalah sesuatu yang normal dalam pejabat, cuma kita
kena pandai kawal. Pastikan juga kita
tidak menggunakan ‘politik pejabat’ sebagai alasan untuk menutup kekurangan
diri.
Sumber : myMetro
Comments
Post a Comment
ulasan