APA BEZA ESPRESSO, CAFFE LATTE, CAPPUCCINO, MOCHA DAN AMERICANO?

Aku kadang-kadang kalau nak order air kopi main bedal jer. Kalau nak beli nescafe pun sama jugak. Yang aku tau Cappuccino atau latte tu lagi mahal lah dari yang original. So last-last rembat jer yang original..Tapi kalau gi kedai kopi, takkan nak order kopi biasa2 jer kan. Baik buat sendiri kat rumah. So far walaupun aku penggemar kopi tapi setakat nie aku takder perisa yang betul2 feveret lah. Dah cuba semua tapi last-last akan balik ke original jugak. Kopi o jugak yang best.

Kalau sebelum nie aku main order jer, baik aku ambik tahu apa isinya. So, base untuk semua jenis kopi nie adalah espresso. Apa plak espresso tu? Espresso adalah serbuk kopi asli yang tiada campuran mana-mana bahan. Memang piau lah. Pekat, likat bak kata A.R tompel. Sedap, tapi gula takder. Memang takderlah. Sebab P.Ramlee memang bagi espresso kat pak mertua dia.

So bila espresso tadi dicampurkan dengan bahan-bahan lain, terhasilnya latte, cappuccino, mocca dan lain-lain. Macam gambar kat bawah nie ha.
 

Comments

Popular Posts