LOKASI UNTUK PENDAKIAN @ JUNGLE TRACKING HUJUNG MINGGU SEKITAR LEMBAH KLANG
Kalau
nak gi climbing memang kena spend masa, At least ada 3 hari. Baru lah best.
Tapi kalau takder masa dan kalau free pun cuma weekend jer sabtu atau ahad. So,
beberapa tempat nie mungkin idea untuk anda bertracking pada hujung minggu. Ala
santai-santai jer. Dulu aku rajin gak gi tracking nie, bila dah kahwin and ada
anak2 nie malas jer nak keluar. Tunggulah anak2 besar sket, boleh bawak sekali.
1. BUKIT NENAS KUALA LUMPUR
Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah
yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini
dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan
yang tertua di Semenanjung Malaysia. Keunikan hutan lipur ini ialah
kedudukannya yang strategik ditengah-tengah Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh
Hutan Batu (bangunan) yang menjadikannya penting dalam memainkan peranan
sebagai ‘GREEN LUNG’ di Kuala Lumpur, Taman Hutan dan Hutan Pendidikan dan
Penyelidikan.
Aktiviti
Pengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar. Terdapat 3 denai interpretasi (Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong). Selain daripada itu terdapat beberapa kemudahan seperti padang permainan, pondok dan bangku rehat, kawasan perkhemahan serta berjogging. Satu Pusat Maklumat yang lengkap dengan bahan pameran dan infokiosk mengenai perhutanan disediakan.
Waktu Lawatan
Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am.
Bayaran Masuk
Percuma
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan
Lot 240, Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-20706342
2. CANOPY WALK FRIM
Canopy Walk FRIM Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, kira-kira 300 meter pada aras laut. Ia dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna. Sistem laluan menjangkau selama 150 meter dan digantung di antara pokok-pokok pada kira-kira 30 meter dari aras tanah.
Sistem laluan dan platform adalah mata pandang untuk mengalami pemandangan panorama hutan dan kawasan Kuala Lumpur dari jauh. Laluan pejalan kaki kanopi dibuka kepada orang ramai 9:30-2:30 pendaftaran terakhir ialah pada jam 1.30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin dan Jumaat. Tempahan awal dan pembelian tiket hendaklah dibuat di FRIM Pusat Setempat.
Untuk kemampanan sistem laluan ini, FRIM membolehkan sehingga 250 orang (200 melalui tempahan dan 50 walk-in sahaja) untuk pergi di jambatan gantung dalam sehari. Oleh itu, tempahan awal adalah digalakkan.
Waktu operasi adalah tertakluk kepada keadaan cuaca (laluan kanopi akan ditutup apabila hujan dan dibuka semula dalam masa 2 jam selepas hujan telah reda dan apabila cuaca adalah jelas.
Semua
pelawat termasuk mereka yang berminat untuk pergi ke atas laluan kanopi
dinasihatkan menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU)
(http://apims.doe.gov.my/apims/) sebelum datang ke FRIM. Pengunjung
dinasihatkan agar tidak berjoging atau melakukan apa-apa aktiviti luar berat
apabila IPU melebihi 100. Laluan kanopi akan ditutup apabila bacaan 07:00 API.
FRIM One Stop Centre
Tel : 03-62797592 / 03-62797649
Fax : 03-62804619
E-mail : frim_enquiry@frim.gov.my
Tel : 03-62797592 / 03-62797649
Fax : 03-62804619
E-mail : frim_enquiry@frim.gov.my
3. GUNUNG BUNGA BUAH
Terletak di sempadan Selangor Darul
Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai
ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki).Gunung Bunga Buah adalah
antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya
gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa
sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang
berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam
masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan
Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane.
Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Tapak Mula
Gunung Bunga Buah didaki dari kawasan Genting Highland. Terdapat dua pintu masuk ke gunung ini. Satu dari simpang belakang Hotel Sri Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua tapak mula ini adalah tanah persendirian dan pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui tanah persendirian bagi mengelakkan dari dikatakan menceroboh.
Kedua-dua tapak mula ini merupakan laluan berbatu bekas jalan kuari dan bertemu antara keduanya. Sumber air boleh diambil di alur air di tepi jalan kuari bagi yang mendaki dari Bulatan manakala bagi pendaki yang mendaki dari Sri Malaysia boleh mengambil air paip di pondok pengawal apartment di belakang Sri Malaysia.
Simpang Trail
Di tepi laluan kuari terdapat satu trek laluan hutan. Pendaki hanya perlu menyusur sepanjang laluan trek untuk sampai ke puncak gunung. Trek gunung ini mengikut permatang dan mempunyai satu tempat berbatu yang agak menarik sebelum tiba puncak dipanggil Rock Garden. Panorama pusat peranginan Genting Hingland jelas kelihatan di puncak tersebut.
4. BUKIT BROGA
Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.
Tarikan utama Bukit Broga. Selalunya pendakian dibuat di awal pagi untuk melihat matahari terbit. |
Comments
Post a Comment
ulasan