NEXT PROJEK - LRT3 - TRAIN DARI BANDAR UTAMA KE SHAH ALAM DAN KLANG

Semoga projek ini menjadi kenyataan. Bagi mereka yang dah biasa dengan traffic di klang terutamanya,  pasti berharap projek ini dapat dilaksanakan. Aku walaupun orang Klang tapi malas nak gi Klang. Nak naik kereta sesak. Nak naik bas, penuh warga asing. Nasib baik lah rumah aku lebih dekat dengan Shah Alam compare Bandar Klang.

Kalau Shah Alam waktu-waktu puncak jer jem. Waktu nak pergi dan balik kerja jer. Takpun masa bulan Ramadhan. Lepas tu dah lengang. Walaupun tak jem bagus jugak ada LRT nie. Lagipun Shah Alam nie kan berstatus Bandar raya. Lebih-lebih lagi Hospital Shah Alam dah nak beroperasi hujung tahun nie.

Kalau kat Shah Alam , projek nie lebih menguntungkan student-student IPT area Shah Alam nie. Maklumlah, bukan semuanya ada transport. Kalau UiTM dan UNISEL oklah dekat jugak dengan pusat bandar. Kalau Politeknik, PTPL, CIAST. Diorang jauh sket. Buat masa ini ada 3 stesen kereta api terhampir iaitu KTM Batu 3 Shah Alam, KTM Shah Alam dan KTM Padang Jawa Klang. Namun masih jauh dari pusat bandar Shah Alam. Untuk ke pusat bandar atau stesen-stesen KTM tu perlu menaiki bas atau pun teksi.

Satu lagi yang bagusnya. Mungkin projek ni dapat mengurangkan sikit kesesakan traffic kat Federal Highway dan LDP tu. Sebab kebanyakkan kereta yang masuk ke KL memang dari arah Klang dan Shah Alam selain Subang dan Kelana Jaya. So kalau dah ada train dari Klang dan Shah Alam, mungkin lebih ramai yang akan menggunakan train berbanding menaiki kereta. Kalau aku lah.

Tapi satu lah masalahnya. Parking tak cukup. Mana2 LRT atau stesen KTM pun sama. Kadang-kadang baru pukul 7.30 parking dah tutup sebab penuh. Camnerlah nak galakkan orang naik tren kan. Train yang sesak waktu puncak mungkin dalam kul 6.30  hingga 9.00 pagi jer. Lepas tu train kebanyakkan ‘kosong’. Selalu dengar diorang cakap, penggunaan pengankutan awam di Malaysia masih kurang. Bukan dah takder orang nak naik train, tapi orang tak boleh nak naik train coz takder parking dah. So membazir lah coz train ada tapi takder siapa naik. So utamakan lah parking yer. Buat bertingkek-tingkek cam shoping mall tu. Baru orang nak naik train.

Aku tengok laluan train nie memang agak strategic. Laluan berdekatan pusat komersial, IPT dan pusat membeli belah utama seperti One Utama, Paradigm Mall, Glenmarie, Stadium Shah Alam, UiTM, Hospital Shah Alam I-City, Hospital HTAR, AEON BuKit Raja, AEON Bukit Tinggi dan GM Klang. Dan lepas nie kalau nak gi stadium tak yah dah besesak-sesak. Bleh naik train jer


Cadangan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) merupakan projek yang dibangunkan selaras dengan Pelan Pembangunan Rel Bandar di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, efisien, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ia bertujuan untuk menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarak keseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan dijangka siap menjelang tahun 2020.

Comments

Popular Posts