TIPS PINDAH RUMAH : CARA MUDAH LABEL BARANG-BARANG UNTUK PINDAH


Mesti pening kan bila nak pindah rumah. Biasanya proses packing mengambil masa berbulan sebelum tiba hari sebenar untuk berpindah. Itu baru proses sebelum dan semasa pindah. Namun masalah selepas pindah juga amat merumitkan. Ia juga mungkin mengambil masa berbulan untuk mengeluarkan kesemua barangan di dalam kotak. Barang hanya akan dikeluarkan jika ada keperluan. Jadi untuk memudahkan proses pindah berjalan lancar mungkin tips ini boleh membantu.

Sediakan kotak atau kumpul kotak :


Sesetengah mover memang ada menyediakan kotak. Anda hanya perlu tunggu mereka datang dan mereka akan buat dari proses A - Z. Tapi jika anda sudah ada kotak sendiri, anda boleh buat sedikit-sedikit dengan kotak yang anda ada. Jadi proses pindah akan jadi lebih cepat. Mover akan uruskan peralatan rumah yang bersaiz besar seperti meja makan, katil, tv, sofa.

Barang mana nak packing dulu?

Pilih dari barang yang kurang berguna dahulu atau langsung tidak pernah diguna (boleh dibuang). Mungkin boleh mulakan dengan bilik stor. Ini kerana kebanyakkan barang di dalam stor kurang kegunaan dan boleh dibungkus awal.

Labelkan/ bezakan kotak menggunakan label warna / Tulisan / Nombor



Kotak-kotak perlu dilabelkan. Sama ada ditulis atau ditandakan dengan warna atau nombor yang berbeza. Ia bukan sahaja mudah untuk dikenalpasti dan dicari malah memudahkan proses pindah rumah anda. Lebih elok jika anda labelkan kotak anda mengikut warna yang berbeza untuk setiap kategori atau bilik. Contohnya kuning untuk barangan dapur atau biru untuk bilik tidur utama. Namun ia perlu ditulis juga, memandangkan akan ada 2, 3 kotak yang mempunyai label warna yang sama. 

Selain itu lekatkan warna di setiap bilik mengikut kategorinya. Contohnya tampalkan kertas biru di pintu masuk bilik utama supaya mover anda terus mengangkut barang berlabel biru terus ke bilik tersebut. 

Sediakan satu senarai semak / kotak yang ada.



Sediakan satu list dan labelkan 1 untuk kotak pertama yang anda siapkan dan seterusnya. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti berapa keseluruhan kotak yang anda ada. Nyatakan juga warna dan kategori kotak tersebut bagi memudahkan anda membuat rujukan kelak.

Asingkan barang peribadi (dokumen-dokumen penting) / buku-buku agama :


Untuk dokumen-dokumen peribadi penting / fail-fail atau buku-buku agama, asingkan dan kumpulkan di dalam satu kotak. Seboleh-bolehnya kotak yang sederhana kecil dan boleh dibawa sendiri.  Ini untuk mengelakkan kehilangan selain dapat memelihara buku-buka agama yang dibawa bersama.

Bawa sikit demi sedikit barang yang boleh dibawa sendiri :

Kalau mampu, angkut rumah lama anda sekali. Lepas habis punggah semua barang dalam rumah baru, pulangkan rumah tu kat tempat asal.
Kalau jarak rumah baru anda dekat, anda boleh bawa sendiri barang-barang anda sedikit demi sedikit. Membawa barang sendiri dapat mempercepatkan proses pindah rumah dan mengurangkan kos mover. Sekurang-kurangnya jika anda bawa sendiri, anda dapat mengurangkan kos upah mengangkat barang-barang oleh mover dan mungkin kos lori boleh dijimatkan kerana anda hanya perlu sewa lori yang bersaiz lebih kecil untuk menggangkat baki-baki barang yang tinggal. Ini kerana, sesetengah mover akan mengira kos upah berdasarkan jumlah kotak yang mereka pindahkan.Jika anda tak kisah dari segi masa dan wang anda biarkan sahaja mover angkat semuanya. Sebab anda sudah membayar perkhidmatan mereka.

Pantau proses pindah.


Pastikan anda pantau proses pindah barang samaada dirumah lama atau ketika dirumah baru. Ia bagi memastikan barang anda diuruskan dengan selamat dan diletakkan di lokasi yang sepatutnya.

Lain-lain tips.
sumber : http://lifetricks.com

Comments

Popular Posts