MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH SKBK TAHUN 2015 - UITM PUNCAK ALAM

Secara Simboliknya berakhirlah sesi Pra Sekolah Sesi 2015 bagi SK Bukit Kapar. Bertempat di UiTM Puncak Alam pada 24 Oktober 2015 (Sabtu). Walaupun sesi persekolahan belum pun berakhir secara rasminya. Sehari sebelum itu berlangsung acara raptai majlis tersebut. 

Tahniah Rayyan..Satu kejutan di petang Jumaat 23 Okt 2015. Masa tu baru jer raptai.Tak sangka, walaupun kat rumah jadi 'penunggu' Astro Ceria tapi kat sekolah fokus..Sebak terus mama dia. Tak sia-sia kami datang raptai, berbaloi dapat tengok anak ambil anugerah. Walaupun no.2 Cemerlang tapi itu dah kira cukup baik..Cuba lagi yer..Mungkin kena kurang kan tengok TV lepas nie. 





Yang ni  Anugerah Tokoh Pelajar Setiap Kelas dengan parents masing-masing. Tahniah. 
Opening..Nyayian Lagu Negaraku..
Sambutan besday untuk yang sambut besday bulan Sept - Dis 2015..

Bagi aku Pra Sekolah ni memang satu program yang bagus. Boleh nampak perkembangan anak dari masa ke semasa. Lagi satu, kelebihan pra sekolah nie, boleh dedahkan anak terus dengan persekitaran sekolah tersebut sebelum ke tahun 1 nanti. Sekurang-kurangnya diorang dah biasa dengan persekitaran sekolah tu. 

Apapun terima kasih kepada semua cikgu-cikgu pra sekolah. Hanya cikgu yang tabah boleh mendidik kanak-kanak yang banyak karenah nie. Maklumlah budak2 baru nak up.

Comments

Popular Posts