ALHAMDULILLAH ANAK KE-3 - MUHAMMAD RAYQIMI

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Wife baru selamat melahirkan anak kami yang ke 3. pada 25.11.2015 Jam 2.46.  Hampir2 sama dengan tarikh lahir abang dia Rayyan 6 tahun lepas  26.11.2009. Yang ke 3 nie pun boy. Bo bo boy. Yang ni namanya Muhammad Rayqimi. Semua anak aku ada awalan Ray. Apa pun syukur alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Wife ngan baby kedua-duanya selamat dan sihat. 



Asalnya, 25.11.2015 tu checkup biasa jer. Kul 8 daftar, dalam kul 11++ tu baru dapat jumpa doctor. Wife kata masa tu dah start sakit2. Bila dokter cek dah bukak 2cm dan arahkan ke Wad Bersalin.  Dalam kul 12++ nurse  terus bawak ke Wad Bersalin.

So aku pun agaklah maybe dalam petang sikit dalam kul 6 ke atas baru wife bersalin. Biasanya camtu. So lepas aku beli kan sikit makanan untuk wife aku dalam kul 1 tgh. aku pun baliklah dulu sebab nak ambik anak aku yang duk taska tu dan hantar 2 anak aku ni kat rumah mak aku sat. Pas tu kononnya nak datang balik hospital nak teman wife dalam bilik bersalin.

Sampai rumah dalam kul 2.00pm. Punyalah sibuk uruskan anak sebab nak tinggalkan kejap ngan mak aku, sampai, langsung tak tengok mesej yang wife aku hantor. Last-last dalam kul 4 tu wife aku phone bagitau dah bersalin dalam kul 2.46pm tadi.  Terkejut jugak lah. Rupanya dalam kul 3.15 tu wife dah mesej bagi tau dah bersalin. Alhamdulillah. Allah permudahkan semua urusan. 

Sampai dokter yang wat checkup pagi tadi pun terkejut. “ Ait dah bersalin dah’’. Apa pun kelahiran setiap anak berbeza-beza.  Rezeki masing-masing. Alhamdulilah, esoknya 26.11.2015 jam 1.00tgh dah boleh discharge. 


Anak boy ke, girl ke, kami ok jer. Itu semua rezeki. Sekurang-kurangnya Allah bagi zuriat kat kita. Cer fikir orang yang tak der anak. Kesian. Bukan senang nak dapat anak nie. Tahun lepas je, wife 2 kali keguguran. Orang kata kami tak merancang ke?. Sebab merancang lah yang kami dapat anak tu. Memang kami nak tambah anak pun. Bukan 'eksiden' pun.

So kita yang ada anak nie, perlu lah sensitif kat mereka2 yang tak ada anak nie. Jangan lah asyik tanya diorang dan perli, bila nak dapat anak?. Kita rasa itu joke, tapi aku tak rasa diorang terhibur. Siap mengajar lagi. Tak yah nak ajar lah, diorang main teknik yang sama cam korang jugak. Bezanya diorang tak de rezeki. Cukuplah bagi nasihat, takper mungkin belum ada rezeki dan bagi semangat. Itu belum lagi jenis orang yang suka mengajar, kalau ko nak anak perempuan/laki ko tanya aku nie. Perkh belagak siot. 

Ok aku sambung balik kronologi tadi. 

Sebelum discharge nurse di kaunter ada beri sedikit penerangan dan beri beberapa dokumen-dokumen penting yang perlu diiisi seperti perakuan tarikh bersalin. Rupanya, sekarang ni, borang pendaftaran kelahiran akan diberi terus dari hospital dan tarikh-tarikh penting diisi siap dalam borang oleh doktor seperti tarikh dan waktu kelahiran dan maklumat Jururawat atau doktor yang menyambut baby. Kemudian Surat akuan bersalin tu terus dimasukkan ke sampul surat. Sampul tu  dan butiran-butiran lain seperti nama bapa, ibu alamat perkerjaan dan lain-lain hanya boleh diisi di kaunter pejabat pendaftaran di depan pegawai kaunter Pendaftaran. 

Setahu aku dulu, last sekali aku daftar masa 2013, aku ambik borang tu di JPN, isi borang tu dan ambik nombor giliran. Diorang kata JPN buat camtu sebab sebab sebelum ni banyak sangat kesilapan maklumat dalam borang pendaftaran. So pihak hospital yang perlu mengisi borang tersebut dan perlu disahkan.

Ini kali ke2 wife bersalin kat Hospital Sungai Buloh. Kali pertama dulu, masa anak pertama tahun 2009. Masa tu sebab aku duduk area Damansara Damai. Memang dekat sangat ngan spital nie.  Anak ke2 di PPUM.

Beza PPUM dengan Hospital Sungai Buloh. Service lebih kurang sama jer. Dua-dua pun ok. Kadang2 yang buat imej hospital ni teruk bukan disebabkan hospital tu, tapi manusia yang ada dalam tu. Dapat rezeki doktor, staff, nurse yang baik, so baiklah. Dapat yang jenis kasar, cuai nasib lah.

Kalau nak bersalin kat PPUM kena register awal-awal dan checkup bulanan dan ada rekod di sana. Kalau S.g Buloh redah jer. Agak-agak baru nak bersalin dah, terus ‘check in’ pun boleh rasanya. Kat Sg. Buloh husband boleh masuk teman isteri waktu bersalin (on request) tapi kat PPUM rasanya tak boleh. Waktu melawat beza sikit. Hospital Sg. Buloh samalah cam lain2 hospital gomen. Peraturan waktu melawat kena ikut dan ketat sikit. Budak2 bawah 12th tak boleh masuk. 


Kalau PPUM ada waktu melawat dia jugak tapi ada kelonggaran sedikit dan budak-budak boleh bawak masuk sekali. Bab parking, Sg. Buloh win lah, sebab free. Tapi bertindih tindih lah parking dan jauh dari wad. Maklumlah free. Tapi PPUM kena bayor. Mahal plak tu. Itu pun belum tentu parking ada. Kalau ruangan menunggu, PPUM ok lagi lah. Lebih selesa. Lagipun bilik bersalin dan wad bersalin tu dalam building yang sama. Sebab PPUM memang ada building wad bersalin dan pediatrik sendiri.  Kalau sg. Buloh bilik bersalin dan wad building yang berbeza. So kena menapak sikitlah.

Tapi dari segi keselamatan, Sg. Buloh memang ketat. Punyalah ramai di punya security dan prosedur. Masing-masing pegang waklie talkie. Kalau nak discharge, nurse sendiri yang akan bawak ibu tu ngan baby dalam wilchair turun. Sebelum naik lif turun kena register dulu ngan security depan lift tu. Buat pengesahan. Nurse tu sendiri akan bawak wife terus ke lobi dan letak belakang kaunter security sementara husband gi ambik kereta. Aku yang melawat kejap wife aku hari tu pun hantar pampers, kena soal time nak turun lif. “ Gi wad berapa tadi yer? No katil berapa?. Sambil2 lalu sempat lagi guard tu tanya. Huh, mujuq ingat. Baguslah, untuk keselamatan dan boleh elakkan kes kecurian baby. So ini antara perbezaan Sg. Buloh dan PPUM je lah. Kalau swasta tak payah cerita lah yer. Confirm selesa kan. 

Aku kalau wife bersalin dua tempat ni jer. Sg. Buloh atau PPUM. Walaupun aku duduk Klang. InsyaAllah kalau boleh memang taklah nak ke HTAR Klang. Sesak. Tahun depan insyaAllah Hospital Shah Alam dah operasi dan dengar2 ada satu lagi hospital dalam perancangan di UiTM Puncak Alam. Lagi lah dekat. Harap2 menjadi kenyataan. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan sesak kat spital HTAR tu.

Comments

Popular Posts