BERAPA DUIT BELANJA BUDAK SEKOLAH SEKARANG?


Berapa yer duit belanja budak2 sekolah rendah sekarang nie? 50 sen, singgit,  ke 5 hinggit? Takkan 50 sen kot. Last aku sekolah rendah dulu pun tahun 1988 - 1993 duit belanja aku 50 sen jer. Boleh beli kuih ngan air lagi. Siap boleh beli cikedis balik sekolah nanti. Sekarang?

Apa pun tak boleh. Kalau sekolah menengah dulu sehinggit termasuk tambang bas pegi balik. Alhamdulillah cukup jer. Kopok lekor + air sirap pun dah cukup dah.

Sapa dah ada anak sekolah rendah tau la kot. Ni yang first time nie. Kena gi sekolah gak nie, snap gambar menu kat kantin.  Aku masa awal-awal sekolah dulu pun mak selalu bagi bekal. So jimat sikit la. Dah darjah 4 ke 6 baru makan kat kantin. 

Sekarang ni semua barang dah mahal. Jimat lah mana yang boleh. Kadang2 tak tau lah nak jimat camner dah. Dulu kuih seringgit dapat lima, lepas tu seringgit 3, la nie, seringgit dapat 2 je. Lagi 2 tahun seringgit dapat seketul jer. Silap2 beli donat, donat harga lain, gula harga lain.


So, mungkin kita boleh cuba sediakan bekal untuk anak ke sekolah. Selain dapat berjimat, kebersihan makanan lebih terjamin. Cuba-cuba.

Comments

Popular Posts