BETUL KE MEJA BERSEPAH LEBIH KREATIF??


Haha, betul ker nie??..Rugi aku tak sepahkan meja aku selama nie. Kreatif rupanya. Tau aku campak jer dokumen2 nie kat lantai. Tapi kreatif nie bukanlah satu sifat yang boleh dibuat2. Ia semulajadi. Kalau anda tiba2 cuba buat2 'kreatif', kakilah jawapanya. Kalau tak percaya cubalah buat2 jadi 'kreatif' di rumah. 

Ini kata bijak pandai segelintir penyelidik dari Jerman la ni. Kalau diorang nak iktiraf pemilik meja yang sepah ni kreatif, aku tak peduli pun. Katanya lagi, meja bersepah tidak menjejaskan kualiti kerja. Memanglah, itu diorang. Tapi kualiti meja jiran sebelah menyebelah boleh merundum tengok meja diorang yang bersepah nie


Kena pulak diorang tak datang kojer, benda plak nak urgent, kita ni yang duk sebelah nie yang kelam kabut nak kena tolong cari dokumen kat meja diorang. Biasa tuan dia yang sepahkan meja tau lah kat mana dia selitkan semua barang dia. Tanya aje. "Eh mana surat hari tu?". Selamber jer nanti dia keluarkan surat tu dari bawah keyboard, bawah carpet. Haha. Tuan dia jer tau kat mana dia simpan. Memori dia memang kuat. Walaupun surat tu surat 6 bulan lepas. Part tu memang aku respect la. he he.  

Pengalaman, kawan2 aku yang meja sepah ni satulah, memang memory dia kuat, IQ tinggi and bab kerja memang efisien. Tak semua lah. Lagipun yang jenis meja sepah2 nie ada sorang dua jer dalam ofis. Ialah, spesis jenis IQ tinggi ni mamang tak ramai dalam dunia. Sebab tu  kot, bos2 nie kena ada pembantu. Diorang fokus bab kerja jer, tak der masa nak kemas meja diorang. Jom sepahkan meja. 

Comments

Popular Posts