PERSEDIAAN PRA PERSEKOLAHAN TAHUN 1 2016

Alhamdulillah, selesai dah separuh persediaan anak ke tahun 1 2016 nanti. Tinggal yuran dan tambah2 sedikit peralatan sekolah. First time shopping baju anak sekolah rendah ni. Bukan excited pun. Memang aku tak suka jenis bersesak2. Tak kisahlah time bershopping raya ke, beli peralatan sekolah ke, bercuti ke. Baik elakkan. Kalau boleh shopping time orang lain tengah dok bekerja. Bukan monteng, tapi ambik cuti lah.

Bukan apa, beli kelengkapan sekolah jer pun. So aku nak listkan senarai harga pakaian sekolah rendah yang aku dah beli sebagai rujukan di masa hadapan. Lain kedai, lokasi dan negara lain harga.

Sekolah Kebangsaan

1. Baju sekolah : RM13+ 
2. Seluar Sekolah : RM18+
3. Kasut Sekolah : RM15+
4. Stokin (3 pasang) : RM3+
5. Alat tulis : Belum lagi

Sekolah Agama

1. Baju sekolah (Satu set baju dan seluar) : RM25+
2. Sampin : RM7+
3. Kasut Sekolah : RM15+
4. Stokin (3 pasang) : RM3+
4. Songkok : Pakai songkok raya jer.
5. Beg Sekolah : Belum beli lagi.
6. Alat tulis : Belum lagi

Anggaran Yuran dan Buku Sekolah 

1. Sekolah Kebangsaan : Belum dapat list lagi.
2. Sekolah Rendah Agama : RM200.00

Itu jer list perbelanjaan setakat nie. Untuk pakaian sekolah tu, setiap barang kena beli 2 pasang. Maklumlah budak2. 

Comments

Popular Posts