SKY TREX - AYER KEROH MELAKA 2016
Aktiviti Outdoor kali ni, ke SkyTrex Melaka pulak. Aktiviti ni anjuran Jabatan tempat aku kerja. Setahu aku kat Malaysia ni ada 3 lokasi Sky Trex, satunya kat Melaka, Shah Alam dan Langkawi (rujuk http://www.skytrex-adventure.com). Kalau yang kat Melaka ni terletak di Ayer Keroh Melaka. Dia punya simpang masuk trafic light selepas Taman Buaya Melaka.
Lepas masuk simpang kiri (selepas taman buaya) simpang seterusnya masuk kanan ke Sky Park Melaka melalui Melaka Bird Park. |
Blah kanan tu antara chalet mini yang boleh disewa untuk aktiviti di sini. |
AKTIVITI PERTAMA
(SELEPAS PENDAFTARAN)
1. BENTUK KUMPULAN
2. NAMA KUMPULAN
3. LOGO
4. TAGLINE
Kat sinilah pusat aktiviti. Tak ada dewan tertutup. Yang ada dewan cenggini. Kat sini lah tempat berkumpul, aktiviti berkumpulan, taklimat dan makan. |
AKTIVITI KE-2 : OK. Siap2 untuk aktiviti seterusnya. Jungle Tracking. Dengar2 bayak pacat kat sini |
AKTIVITI KE-3
NIGHT WALK (JALAN SORANG-SORANG DALAM GELAP)
Aktiviti ni memerlukan peserta berjalan sorang-sorang dalam gelap melalui trek yang ditetapkan. Mereka akan dilepaskan satu demi satu dengan jarak dalam 50 meter setiap orang. Perserta tak dibenarkan membawa lampu suluh atau menghidupkan lampu handphone. Tapi jangan risau sebab trek yang diorang akan lalu dalam hutan ni adalah trek yang bertar. So tak perlu risau tersepak akar kayu @ apa. Itu bab trek.
Bab laluan tu, huiii..gelap gelita..harap cahaya bulan je. Ada sesetengah laluan jer yang ada lampu. Tapi kebanyakannya gelap. Dalan acara ni, beberapa urusetia akan standby di beberapa lokasi startegik, seperti di selekoh, simpang2. Supaya mereka boleh menegur jika ada peserta yang tersasar dari trek.
Selain itu, tugas penjaga checkpoint juga adalah memastikan mereka mengikut peraturan supaya tidak berjalan secara berkumpulan. Kalau yang duk berjalan berdua tu, asingkan. Sib baik aku berdua jaga check point. Seram gak duk setempat dalam hutan tu.
Ok, sebelum tu , aktiviti malam ni.. dimulakan dengan makan dulu, n then perkenalkan ahli kumpulan, logo dan tagline.
Apapun makan dulu.. |
OK..DAH READY!!!
Penjaga chek point yang acah-acah berani.. |
PETANG - SKY TREX, FLYING FOX
Aktiviti utama yang ditunggu-tunggu. Syok woo. Memang gayat. Tapi jangan risau. Diorang akan ajar camner nak buat. Skytrek ni ada beberapa stage dan disiplin yang perlu diselesaikan. Dari stage easy ke difficult. So kalau korang dah mula kena habiskan jugak. Tapi kalau tak boleh go jugak, bagitau jer, nak tarik diri, so diorang akan minta korang turun.
Tempat pendaftaran. |
Nampak tak..Ni rasanya stage paling tinggi ni. |
OK.. Selesai dah aktiviti flying Fox |
AKTIVITI HARI KE-3
SUKANEKA
Ok selesai dah team building ni. Boleh balik. Tapi ada masa boleh cuba ajak kawan2. Sebab kat Shah Alam pun ada.
Comments
Post a Comment
ulasan