BAHAYA TIDO DALAM KERETA

Ada di antara kita yang memandang perkara ini remeh, namun hakikatnya tidur di dalam kereta yang tidak bergerak dengan aircond yang terpasang boleh mengundang maut.

Ngeri rasanya membaca berita-berita akhbar akhir ini. Meskipun sudah diberitahu, ramai juga yang masih suka tidur dalam kereta dengan tingkap bertutup rapat dan kemudian memasang aircond sekuat-kuatnya. Kejadian di Johor baru-baru ini misalnya, membuka mata orang ramai namun dalam tempoh yang sekejap. Lima sekeluarga ditemui mati akibat terhidu gas beracun ketika sedang tidur di dalam kereta mereka.


Sewaktu perjalanan pulang dari Selatan minggu lepas, kami ada juga singgah di RnR untuk melepaskan penat seketika. Kami lihat ramai yang tertidur di dalam kereta sambil enjin dan aircond terbuka serta tingkap pula tertutup rapat.  Bila enjin dan kereta terbiar dalam jangka masa panjang, kebocoran gas karbon monoksida atau CO boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.

Apa yang kami tahu, CO beracun kepada manusia kerana ia boleh menjejaskan hemoglobin, iaitu satu komponen penting sel darah merah. Dalam keadaan biasa, hemoglobin bertugas untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan dan membebaskannya ke tisu badan. Apabila gas CO disedut, ia akan menggantikan tempat oksigen dan boleh membunuh dalam masa beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah.

Jadi elakkan daripada tidur di dalam kereta dengan keadaan tingkap yang terutup. Jika penat sangat, lelaplah sekejap tetapi turunkan sedikit tingkap agar udara luar dapat masuk ke dalam kereta jika anda mahu merehatkan diri. Janganlah kerana kelalaian sebegini boleh mengundang maut. Hati-hati ya si cantik sekalian.

Sumber Artikel : web rapi.karangkraf.com

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Penah gak sekali sekala tido dalam kereta. Maklumlah jauh perjalanan..Tapi tak lama. Biasa aku set dalam setengah jam atau pesan kat wife minta kejut. So sebelum bercadang nak tido dalam kereta dan hidupkan aircond, pastikan tingkap dibuka. Lebih-lebih yang ada family dan bawak anak-anak kecil tu. Maklumlah kadang2 bila balik tengah-tengah malam semua anak-anak dah tido. Kalau kita cuai, kita pun berhenti dan join tido. Apa akan jadi?..Wassalam. 



Comments

Popular Posts