BILA KAD PLUSMILES / TOUCH N GO HILANG

LOST CARD | KEHILANGAN KAD


APAKAH YANG HARUS SAYA LAKUKAN JIKA KEHILANGAN KAD PLUSMILES TOUCH ‘N GO?

Kenalpasti Nombor Siri / Nombor Mfg kad PLUSMiles Touch ‘n Go (anda boleh melayari laman sesawang PLUSMiles di www.plusmiles.com.my atau hubungi PLUSLine di 1 800 88 0000 untuk mendapatkan nombor siri/MFG.

Hubungi Touch ‘n Go Careline di 03-27148888 untuk membatalkan kad atau kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan PLUS untuk membatalkan kad.

Membeli kad PLUSMiles baru* di Pusat Khidmat Pelanggan dan beritahu Pembantu Khidmat Pelanggan kami untuk menghubungkan nombor kad PLUSMiles yang baru dengan kad yang hilang. *tertakluk kepada RM10 harga kad.

BAGAIMANAKAH MENGENAI BAKI KAD SAYA? BOLEHKAH SAYA MENDAPATKANNYA KEMBALI?

Anda boleh mendapatkan baki kad sekiranya anda telah memaklumkan kepada Touch ‘n Go Careline di 03-2714 8888 untuk membatalkan kad. RM10 akan ditolak dari baki kad untuk yuran pemprosesan. Baki kad akan dihantar melalui cek ke alamat pengguna. 
Nota: 

Pembatalan kad hanya boleh dilakukan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd


BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN SEMULA REBAT TOL DAN MATA GANJARAN JIKA KAD SAYA TELAH HILANG ATAU DICURI?

Anda mesti membeli kad* PLUSMiles baru di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS dan maklumkan kepada Pembantu Khidmat Pelanggan untuk menghubungkan kad baru ke profil lama*.Tertakluk kepada harga kad RM10.

BILAKAH SAYA BOLEH MENEBUS REBAT DAN MATA GANJARAN SELEPAS PROSES PENGGANTIAN?

Anda boleh menebus rebat tol dan mata ganjaran selepas proses menghubungkan kad baru dengan kad lama dibuat oleh Pembantu Khidmat Pelanggan.

SAYA TELAH MENJUMPAI SEMULA KAD PLUSMILES KERANA SAYA TELAH TERSALAH LETAK KAD TERSEBUT. BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN KAD PLUSMILES SAYA KERANA SAYA JUGA TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA TOUCH ‘N GO UNTUK PENAMATAN KAD TERSEBUT?

Tidak. Anda tidak boleh menggunakan kad PLUSMiles yang telah dijumpai semula kerana proses penamatan kad telah dilakukan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd.

SUMBER : http://www.plusmiles.com.my/askplusmiles.aspx

So, cenggitulah bila kad Plusmile kita hilang. Sebenarnya diorang akan tanya beberapa soalan dulu untuk pengesahan macam kat atas tu. So pastikan anda anda ada butiran no. siri / nombor MFG kad PLUSMILES. Boleh tengok kat resit bila kita buat tambah nilai. Atau setiap kali ada kad baru, ambik gambar kad yang tertera no. siri. Kalau hilang dah ada rekod.

Bila dah sah baru diorang akan proses pembatalan. Kita ada pilihan samaada pemulangan duit tu dibuat dengan cek atau di transfer terus ke dalam akaun kita. Macam aku, pilih transfer/bank in terus dalam akaun. Diorang akan minta no akaun dan  dalam tempoh 2 minggu duit akan dimasukkan. So, dalam tempoh tu kenalah beli kad Plusmiles baru dulu. Alhamdulillah, duit pun dah dapat balik. 

Comments

Popular Posts