DILEMA HARI RAYA - NAK JAGA HATI ATAU NAK JAGA AURAT??

Bila tiba hari raya, balik kampung adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Tak kisahlah terpaksa berhimpit dan berkuah kacang + bersesak dalam satu rumah, 



Tiada bilik istimewa untuk tidur.
(pinjam gambar yer - contoh)
fitting room untuk salin pakaian..
Bilik menyusu untuk ibu menyusu
terpaksa beratur berjam untuk menggunakan tandas. 


Tapi itulah keseronokan bila balik kampung kan. Apa ade hal.

Tapi kecoh sekarang ni trend balik kampung tapi duk hotel @ homestay.

Macamana tu? 

"Ish, tak patut betul kan. Kecik hati mak ayah buat camtu. Cam tak sudi nak duduk rumah mak ayah. Mentang-mentanglah rumah kampung tiada aircond, banyak nyamuk. 

atau, "Lebih baik tak payah balik!!".

atau "Diorang satu family memang jenis belagak sikit dan tak jenis campur orang".

takpun, "bukan dia tak mau bermalam di sini, tapi isteri@suami aka menantu yang tak mau". 

Biasanya begitulah tanggapan saudara mara yang lain bila ada saudara mereka yang mengambil keputusan tinggal di hotel atau homestay. Apapun tanggapan, mereka ada alasan tersendiri memilih tinggal di hotel dan homestay bila pulang beraya di kampung. Tak dinafikan ada segelintir mereka seperti di atas, rimas dan tak biasa duduk bersesak di dalam satu rumah. 

Namun ada segelintirnya, niat mereka untuk bermalam di hotel adalah semata-mata bagi MENJAGA AURAT, ISTERI DAN ANAK-ANAK. Mungkin alasan atau andaian positif dan sangka baik ini yang kurang difikirkan selama ini. Sebab, mereka-mereka jenis ini bila ditanya kenapa duduk hotel? Mereka tidak akan menjawab saya satu family duduk hotel kerana ingin menjaga aurat!!. 

"Alamak berlagak alim lah pulak ko ni. So ko nak tuduh kitorang yang ramai-ramai duk rumah ni buat dosa lah ye!!" 

Ha ha , kesitu lah pulak kan...Memang satu keputusan yang amat berat. Berbelah bagi, nak menjaga hati (lebih2 lagi mak ayah) atau nak tetapkan iman dan pendirian kita.

Aku pun penah rasa semua nie masa kecik2 dulu. Masa tu kecik lagi lah kan, memang tak pikir apa. 

Well,  aku nak ulas panjang pun tak reti, hadap je lah artikel di bawah ni.

 BANYAK MANA MENGGENDONG DOSA

Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yg bersolat jemaah subuh bersama saya,"Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya, Mak Lang." 
Dia membalas, "Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay.Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay, tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang. Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar ramai, sepupu, biras."


Cerita balik raya dikampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang. Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dlm satu rumah, tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik,akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu, biras dsbnya masa tidur, keluar bilik mandi, masa menyusu badan. Kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat.
Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram diselilingnya, rimas, panas.

Ditambah pula beratur dibilik mandi.Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yg tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak, tetapi wanita yg solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar.

Namun suami yg perihatin dan mentua yg mengambil berat sepatutnya mengambil kira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.
Suami yg perihatin sepatutnya mengambil kira untuk tetap menyembunyi aurat isteri, meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.

Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yg betul. Zaman dulu di mana masalah aurat tidak diberi penekanan, hal ini diremehkan. Tetapi pada kita yg sentiasa menjaga aurat, jangan diambil mudah bila beraya bersama ipar lamai,sepupu,biras kerana hukum aurat tidak berubah dalam situasi apa pun.

Nak jaga hati emak dan mentua,bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak,terselak sana sini,asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yg bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel, walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yg lain yg bukan mahram.
Bukan sahaja bila balik beraya,bahkan bila berkampung  kerana kenduri kendara.

Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri anda dan anak dara anda,kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya.
Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yg terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa 

lalu mengasing diri ke gua hingga nabi menemuinya.
Adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan).Jangan balik beraya, menggendong dosa.
Jangan peduli sindiran orang yg menyebut, "balik kampung tapi tidur homestay,hotel". .....kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa.
Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yg boleh menjejas kesihatan.

Kesimpulannya, apa juga yg kita buat, jangan kadar merancang untuk melaksanakannya,tetapi rancanglah supaya apa yg dibuat menjadi kebajikan,apa yg dibuat terelak dari dosa.Bantulah isteri anda dalam memelihara auratnya,bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yg mandatory ,yang wajib dilaksanakan.
Wallahu a'lam
abdghaniharon

SEKIAN

"Hukum aurat tidak berubah dalam situasi apa pun".
Ini baru cerita balik kampung belum cerita bersalam-salaman di hari raya.

Bukanlah bagus mana, cuma nak berubah ke arah lebih bagus. Moga - moga mendapat manfaat dan menjadi peringatan untuk diri sendiri. 



Comments

Popular Posts