BILA CLUTCH PLATE MYVI ROSAK

Alkisah di satu pagi, pertengan bulan syawal 2017. Ondaway nak gi kerja tetiba kereta plak wat hal breakdown tepi jalan. Asalnya kereta ni gerak ok je cam biasa. Cuma masa tekan clutch ada bunyi kasar sket. Aku pun wat dek je lah. Tetiba lepas je Tol Bukit Raja menghala Shah Alam jem lah pulak. Biasalah bila dah jem. Banyak tukar gear n main clutch.

Disebabkan terlalu banyak main gear, clutch, minyak, clutch, minyak, tetiba masa nak tekan clutch tu dah bunyi kasar semacam..Masa ni boleh gerak lagi. Slow-slow aku bawak kereta hala ke tepi jalan. Sekurang-kurangnya tak lah berhenti kat tengah jalan dan meyusahkan orang lain kan.

Sampai satu tahap, clutch tu langsung tak boleh nak tekan dan gear pun dah tak boleh masuk. Iyelah, kalau nak tukar gear mesti kena tekan clutch dulu yer tak..Alamak. sikit lagi nak sampai ke tepi jalan. Ada satu cara je nak masukkan gear kalau jadi camni. Matikan enjin dulu, n then masukkan gear, pas tu baru hidupkan enjin. Tapi masa hidupkan enjin tu melompatlah sikit. Standby satu kaki tekan break. So, gear punsudah masuk n kereta pun dah boleh gerak sikit sampailah tepi jalan. Alhamdulilah. 

Ok, next step. 

Matikan enjin, pasang lampu kecemasan n buka tingkap..panas kot.




Ambil handphone n google apa yang patut. Try survey apa masalah. Kot2 lah ada orang 
pernah ada masalah yang sama.

Pas tu try call perodua.. Sebab dah dekat ngan lokasi. Tanya punca and berapa kos. Perodua kata masalah clutch plate. Tak  boleh buat apa malainkan tukar jer. Kos RM700 - RM800. Sebab dia ada tanya. Kereta pakai dah berapa tahun. Lebih 5 tahun n memang tak pernah tukar. Mak aih.. Itu belum kos towing lagi tu. Stok pulak??? Ntah ada ntah tidak. Kang dah antor, stok plak takder, kereta kena tinggal situ dulu, esok plak siap???.. Aku nak balik naik apa plak. Tak boleh tak boleh.

So dalam masa yang sama aku adalah survey and call bengkel2 area meru n yang berdekatan dengan rumah.

Dah decide nak hantar mana baru boleh citer pasal towing. Kang dah call towing tak tau plak nak hantar mana. 

Cerita pasal towing tetiba teringat pasal insurans kereta..Biasanya insurans akan cover towing dalam jarak 20 kilometer @ beberapa kolometer tertentu kalau kereta kita breakdown. Kalau lebih jarak dari yang ditetapkan kita kena bayar ikut rate diorang by kilometer. Kalau masih dalam jaraknya cuma bayar duit tol katernya. Lagi satu, kita boleh call insurans untuk towing cuma untuk 2 kali je dalam 24 jam. Katernye lah.

Sib baik lah aku simpan polisi insurans dalam kereta. Call insurans minta diorang hantar towing. So diorang akan buat pengesahan dulu, pemilik kereta, kereta apa, no plate, lokasi kita. Nak towing dari mana ke bengkel mana. So diorang akan lock dan bagitau towing akan dihantar ke lokasi dan bawa kereta kita ke bengkel @ lokasi yang kita pilih. Then,jika ada apa2 perubahan last minute lokasi yang kita pilih, sila maklumkan dulu pada insurans. Sebab diorang lah yang akan deal dengan syarikat towing tu nanti. So aku pilih bengkel yang dekat ngan rumah. Kalau pun tak boleh nak siap dalam tempoh sehari, sekurang-kurangnya dah dekat ngan rumah.

Tenkiu adik lorry towing..Coz budak india yang bawak lori ni nampak muda lagi.  Aku baru bagi tau nama bengkel dia terus cakap, sebelah surau kan..Tau jer diorang nie kat mana ada bengkel. Dah memang kerja diorang kan. Insurans kata tadi, nanti just bayar duit tol.. Bila aku tanya berapa kos kat towing, takder apa kos. Ait..apapun tq la yer..

Sebenarnya, masa kereta aku dah duk atas lori, aku belum decide lagi nak hantar bengkel mana. Cuma bagitau nak hantar kat meru.. Ondaway tu baru pikir. Kebetulan salah satu bengkel yang aku call tadi, call balik. So survey harga dalam RM600+++. Oklah tu dari kena RM800 kan. he he. Dahlah lepas raya nie. kopak. Gaji plak lambat lagi. ni lah bengkel tu. Kalau dari arah Klang ke Pekan Meru blah kiri. Selepas shell out..eh bukan,Shell je..depan sket, jumpa surau then lepas je surau tu ada lot2 kedai n bengkel kereta. Bengkel ni duk lot hujung sekali,



So brader bengkel ni bagitau dia try siapkan hari ni. N terima kasih kat breder bengkel ni coz sudi hantorkan aku ngan wife ke rumah.. So melepaklah kitorang kat rumah. N then dalam kul 4 cenggitu dia call kata kereta dah siap.



Jadi jumlah keseluruhan tukar clutch plate ni RM660.00..Sebenarnya coz asal dalam RM610.00 je..Kos yang no 2 tu tambahan upah kerja lain. Alang-alang dah sampai bengkel kan. So, mahal ke idok???..First time jadi.. Tapi berdasarkan survey memang kos dia dalam area RM700 - RM800.00 gak lah..Apapun tq brother pomen yang baik hati, servis cepat. 

Sebenarnya kereta ni tak lah tetiba terus rosak. Cuma sebelum ni dah ada tanda2 yang memang nak rosak. Paling aku perasan bila nak masuk gear susah n bunyi krekk!!.. Ala macam ko masuk clutch tak habis pas tu ko terus tukar gear. Lagi satu, bila nak kita tekan clutch dia bunyi kasar, macam bunyi besi bergesel. 

Ha camtulah. Apapun alhamdulilah. Time kereta ni rosak pun bukanlah waktu2 kecemasan pun. Apapun kalau tak sekarang, esok lusa rosak jugak kan. Mujur bukan 2 minggu lepas time aku balik kampung itu hari. Kalau tak naya. 





Clutch plate rupanya cenggini lah lebih kurang. Lupa nak snap gambar kat bengkel. Tapi yang aku punya tu dah tak bentuk gini dah. Dah berderai pecah.







Comments

  1. Dok tengah survey harga clutch.. Tekan minyak enjin mengaum tapi kereta steady jer jalan biasa. Tq

    ReplyDelete
  2. Maaf nak tanya... kereta ni jenis Auto ke Manual?

    ReplyDelete
  3. Saya hari ni tukar clutch baru. RM800

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian info

    ReplyDelete
  5. Esok nk tukar keto meybi manual 2013.kos sume 680 siap upah..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. klu selalu terjadi oveedrive tanpa sebab kenapa ye bos?..kereta myvi 2007

    ReplyDelete
  8. Kalau avanza 1.3 berapa anggaran kos kalau tukar clutch plate

    ReplyDelete
  9. Pagi tadi masa tekan clutch mcm ada bunyi besi. Tp bnyi sikit ja. Terus goggle. Tq ya. Mybi lagibest 1.5 manual.

    ReplyDelete
  10. Perkongsian terbaik

    ReplyDelete
  11. Masuk gear kereta Myvi auto menyentap...boleh tlg apa penyelesaiannya

    ReplyDelete

Post a Comment

ulasan