WEEKEND GETAWAY : RUMAH KEBUN HULU LANGAT
Rumah Kebun Hulu
Langat. 2 hari 1 malam (9 dan 10.12.2017). Kebun sape??. Ntah. Tapi namanya Rumah
Kebun lah. Terletak di Kampung Sungai Semungkis Hulu Langat.
Rumah kebun ni ada 5 bilik semuanya (3 di bawah dan 2 lagi di atas) +
Dapur + BBQ Pit + Swimming Pool + 1 area untuk Unggun Api .
BILIK TIDUR
BILIK SATU / UTAMA
1 Katil (boleh muat 3 orang) + 1 Bilik Air. Kalau ada toto bleh sumbat 4 ke 5 orang lagi
Bahagian tengah bilik ni ada sliding door akses ke meja luar. |
BILIK DUA
4 katil queen size. (8 orang) + 1 Bilik
Air
2 Katil Double Decker (4 Orang) + 1 Bilik Air.
View bilik ni dari luar. Boleh terjun terus dari atas. |
BILIK 4 (ATAS)
DAPUR
Dapur kat sini memang lengkap. Semua
ada. Macam kat rumah. Microwave, peti sejuk, kuali, pemanas air, pinggan, cawan, batu lesung pun ada kalau nak. Batu lesung ke lesung batu??
SWIMMING POOL
Apaleh makna percutian 'kanak-kanak' tanpa swimmimg pool kan.
So kat sini pun ada swimming pool. Yang best tang air dia tu. Takderlah rasa capucino ke. Tapi bestlah.
So kat sini pun ada swimming pool. Yang best tang air dia tu. Takderlah rasa capucino ke. Tapi bestlah.
SUNGAI |
Selain bilik air, swimming pool n sinki, korang juga boleh try mandi di sungai. Kalau langsung tak mau mandi lantak korang lah. Bersebelahan je dengan swimming pool.
BBQ PIT
AKTIVITI 3 : BBQ
Untuk yang nak ber BBQ, arang memang dah disediakan. Kalau tak reti nak hidupkan arang, panggil je pekerja yang bertugas untuk tolong hidupkan.
Pekerja kat sini akan hidupkan arang ikut time kita. So now dah kat kul 6.30 petang. Dah boleh start bakar arang. |
Pas maghrib baru start bakar. |
Menu BBQ : Ikan, Ayam, Kambing, Sotong dan Sosej. |
AKTIVITI 4 : MELUKIS Aktiviti budak2 sambil2 BBQ |
UNGGUN API
Yang ni pun disediakan. Tak perlu susah-susah gi cari kayu api. Diorang sediakan semuanya sampai menyala. Just bagitau time je. Pekerja kat sini memang bagus2 semuanya.
10.12.2017 PAGI AHAD
Prepare untuk Sarapan pagi. |
So sambil-sambil mak2 ngan acik2 tu duk tengah sediakan sarapan. merayau jap ngan anak2. |
Siap. Menu sarapan pagi |
hi... ada x contact number?
ReplyDelete