WEEKEND GETAWAYS - WP HOTEL KL - INFINITY POOL - 30-31 OGOS 2019

Bila orang Klang bercuti di KL. Kalau tak der kursus memang taklah nak tido kat KLkan. Menda boleh balik hari wat pe nak chek in hotel. Lagipun kami berdua dah bertahun (maca lama je kan) kerja di KL. Last sekali kerja di KL tahun 2013. 5 Tahun dah berlalu.

Tapi.. sesekali bercuti di KL ok jugak. Ni gara2 tengok posting dalam fb pasal infinity pool lah ni. Terus search dalam Booking .com. Harga pulak cantik dalam RM130.00/1 malam + caj itu ini dalam RM137.00. N then masa check ini juga kena bayar deposit RM100.00. Simpan je resit deposit tu, time check out nanti hotel pulangkan. 

So, kebetulan plak cuti hari merdeka dah dekat. Terus book mana tau boleh tengok bunga api malam merdeka dari atas bangunan.

Check in kul 3.00 pm. Dapat Tingkat 10..Ok lah.


Disebabkan sampai awal, bolehlah 'backpacker' ronda KL. Jalan kaki jer. Malas nak keluarkan kereta dari parking. Hotel ni sebarais je dengan Maju Junction, Pertama Complex dan Sogo. So kalau siapa biasa kt KL boleh imagine lah jarak dia. 

Rehat jap kat depan Pertama Complex..Letih katenya. Plan sebenarnya nak masuk SOGO. Gi makan. Kat area hotel tu takde restoran. Ada pun kedai mamak.



Ok dah sampai SOGO. Saje letak gambar depan kedai roti ni. Ada kenangan kedai ni..hehe.  Dulu memang kami berdua kerja area sini. aku kat area Bank Negara tu dan wife office kat PWTC. Kalau tetiba nak lunch memang jumpa kat sini. Lepas office pindah PJ pada 2008  terus tak mai dah. Rindu

Ok lepas dah makan, kita balik hotel. Sempat lagi singgah tengok buskers.

Buat muka sedih la tu sebab nak ajak teman terjun pool..Nak terjun sorang2 tak boleh. Pool ni memang takder untuk kanak2. Kalau dewasa parasa dada je. So mana anak2 yang nak mandi (kalau tak pandai berenang) perlukan perhatain orang dewasa. Pool bukak dari 7.00 am hingga 10.00 pm. Kalau naik lif tu atas sekali. tekan R.




Ini malam kita merayau. Malam merdeka. Ondaway dari Hotel ke KLCC. Kita naik train je lah.



Asalnya nak tengok bunga api kat KLCC, tapi semua akses diorang tutup. Last sekali gi makan je n then balik. Lagipun kalau bawa budak2 kecik ni baik balik awal coz lepas kul 12 malam confirm train sesak. 

Ok. Dah sampai balik kat Hotel.. Lebih kurang jam 11.50 malam. Tak singgah bilik, terus naik roof top je coz nak tengok bunga api. Tapi tak nampak pun, sebab satu lagi tower KLCC  tu dah terlindung dengan bangunan yang tengah dalam pembinaan. Potong betul lah. 


Perasan tak bangunan yang dalam pembinaan tu..Tu yang spoil tu. 



Sambung mandi before check out. Bekpes takde ye. Makan maggi cup ngan roti je. Kalau keluar makan dah membazir masa pulak. Baik gi mandi pool. 



Nak share jugaklah, gym pun ada. Free je. Buka sampai tengah malam. Satu level gak ngan pool.





Ok selesai. Dah jom check out..Lain kali kita repeat.

Comments

Post a Comment

ulasan

Popular Posts