PEPATAH "IBU BOLEH JAGA 10 ANAK, 10 ANAK BELUM TENTU BOLEH JAGA SEORANG IBU"

Hari ni kita belajar pasal pepatah ye 

"Sorang ibu boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu"

Aku tengok ramai betul yang share statement macam ni terutama kalau kes2 mak ayah yang sakit atau uzur. Jangan cepat sangat menghukum. Kita tak tau hujung pangkal. Menjaga seorang ibu dan menjaga sepuluh anak berbeza. Tak sama cabarannya.

Kalau time kita jaga anak kita, suka hati kita lah kan, nak jerit ke,nak tengking, nak rotan, nak marah ker. Baju kotor kita marah, anak kencing dalam seluar, air tumpah, pinggan pecah, semua kita marah. Anak bising pun kena marah. Tak ada rasa berdosa kan??. Sekurang kurangnya lepas marah hilang sket stress kita kan. Masalah pun selesai. 

Kalau jaga mak ayah n situasi yang sama???..Boleh ke anak2 tengking pulak mak ayah? Of coz lah tak boleh. Berdosa besar. Thats y lah tak boleh sama kan dengan jaga 10 anak. Perlu lebih banyak kesabaran berbanding jaga 10 anak. Kerenahnya mungkin sama, pendekatan dan penyelesaian mungkin berbeza.

Sekian,

Comments

Post a Comment

ulasan

Popular Posts