ANAK KENA DEMAM INFLUENZA
Assalamualaikum.
Seminggu dua ni ramai betul kawan-kawan kat fb yang update anak tak sihat sebab kena influenza. Moga cepat sembuh semua dan dipermudahkan urusan. Aaamin.
Awal Disember 2019 hari tu anak aku Rayden yang umur 8 bulan pun kena jangkitan Influenza. Dekat 2 minggu jugak lah demam. Rasanya start demam dan selsema 2hb Disember 2019. Masa tu, influenza ni tak viral lagi. Kira cam kes terpencil lah. Rasa aku lah. Aku ingat dia demam selsema biasa. Biasalah kan, bila selsema memang kita akan sakit kepala dan demam kan. Lagi-lagi baby bawah satu tahun. Memang tak tahan kalau selsema ni.
Aku takdelah bawak gi klinik. Biasa aku kalau anak demam lebih 3 hari baru refer klinik. Kebetulan pulak jugak ubat batuk, selsema, demam semua memang ada stok kat rumah. Tapi peliknya selama 3 hari tu, suhu dia memang sentiasa 38 dan 39 walaupun dah bagi ubat punggung. Memang tak kebah2. So malam hari ketiga aku bawak jugak gi klinik.
Doktor kata, rayden memang demam. Nak bagi antibiotik dan cek darah tak boleh sebab belum lebih 3 hari. Tapi doktor bagi jugak antibiotik dengan syarat aku bagi esoknya. Sebab esok dah hari keempat. Esoknya start bagi antibiotik. Dah 3 hari selepas tu pun masih tak kebah2. Haish dah kenapa ni.
Hari ke 7 aku bawak sekali lagi ke Klinik. Klinik lain pulak. Doktor buat ujian darah dan sampel hidung. 5 minit lepas tu doktor panggil dan bagitau anak kena Influenza. Ya Allah. Patutlah dah bagi ubat demam dan antibiotik pun tak baik2. Tak taulah jangkit dari mana. Padahal 2 hari lepas aku ada gi KLIA jenguk kak ipar ngan family gi umrah. Memang aku tak bawak yang si kecik ni, takut kena menda2 camnilah. Tapi tulah, kan takdir. So doktor bagi satu ubat cecair ni khas untuk influenza. Kena makan dan habiskan dalam 5 hari. Buat masa ni doktor tak refer pun masuk hospital. Doktor suruh pantau je dulu kat rumah. Kalau muntah2 atau tengok lemah je baru bawa anak terus ke hospital.
Pantau kat rumah ni, bagi aku oklah, senang sikit. Taulah kan kalau dah duk hospital, leceh. Tapi kalau duk rumah pun risiko jugak sebab ada 3 lagi anak kat rumah. Doktor kata kalau boleh asingkan. Memang susahlah nak asingkan. Nak letak mana anak2 yang lain. Nak tak nak jaga jugaklah kat rumah. Tawakal je moga tak jangkit dengan anak2 yang lain. Cuma pesan kat anak, jangan cium dan pegang adik ye. Part ni memang mencabar. Ntah dah berapa kali diorang duk tanya, kenapa tak boleh dekat dengan adik?. Nak cium adik boleh???. Kenapa tak boleh?? Penat nak jawab. Hissh...tak boleh!!!.
Alhamdulillah habis je ubat 5 hari tu Rayden sihat balik. Syukur sangat2. Dan alhamdulillah abang2 dia pun ok.
Sebagai info, untuk korang yang hantar anak ke taska lah. Walupun kita check suhu dan tengok dia dah ok, kita still tak boleh lagi hantar ke taska. Taska perlukan surat pengesahan bebas penyakit influenza dari doktor, baru diorang benarkan hantar anak ke taska semula. So aku gi klinik sekali lagi dan buat satu lagi ujian pengesahan bebas influenza. Syukur alhamdulillah, keputusan negatif. Lepas dapat pengesahan tu tu barulah aku hantar anak aku semula ke Taska.
Aku rasa bila dah start musim sekolah ni, lagi ramai yang kena dan ada potensi dijangkiti fluenza ni berbanding masa cuti sekolah. Yelah, bila dah bercampur ni lagi mudah merebak. So far takderlah pulak sekolah anak-anak aku kena tutup lagi. Harap takdelah. Apapun harap dijauhi penyakit-penyakit ini, dan elakkan bawa anak2 kecil ke tempat2 sesak macam Shopping Mall dan lapangan terbang.
Comments
Post a Comment
ulasan